Kredit gambar : AFP News Agency |
Republik Rakyat China/ People's Republic of China (PRC) menyambut ulang tahun penubuhan ke-70 semalam, 1 Oktober. PRC telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1949, selepas Parti Komunis China berjaya menewaskan Parti Kuomintang dalam perang saudara. Parti Kuomintang terpaksa 'berenang' ke Taiwan untuk menyelamatkan diri untuk meneruskan Republik China / Republic of China (ROC).
Keruntuhan Dinasti Qing menandakan pengakhiran pemerintahan dinasti di Tanah Besar China selama lebih 2000 tahun. Parti Kuomintang / Parti Nasionalis menubuhkan ROC dan memerintah China. Parti ni memerintah dengan baik, sebelum pemergian Sun Yat Sen pada 1925 yang mengakibatkan perang saudara antara dua parti terbesar kat China ini.
Hubungan tegang PRC dan ROC lah yang mewujudkan "One-China Principle". Setiap negara di dunia tidak boleh mengiktiraf kedua-dua PRC dan ROC, tapi hanya salah satu sahaja. Kalau negara A iktiraf RPC, mereka tak boleh iktiraf ROC. Begitu jugalah sebaliknya. Ikut data sekarang, PRC diiktiraf oleh 180 buah negara, manakala ROC hanya diiktiraf oleh 15 negara.
*Malaysia buat hubungan diplomasi dengan PRC pada Jun 1974 di era Tun Abdul Razak. Sebelum itu, Malaysia tidak mengiktiraf sama ada PRC atau ROC. China tidak lagi mengiktiraf Parti Komunis Malaya semenjak tindakan pantas Tun Abdul Razak melawat PRC pada tahun 1974.
Pada Mao Zedong (Parti Komunis China) dan Chiang (Parti Kuomintang), China perlu wujud satu negara sahaja. Tambahan pulak, kedua-dua PRC dan ROC saling mendakwa bahawa mereka adalah kerajaan China yang sah. Kalau dua dah bermusuh sebegini, bayangkan jika orang China berpecah lebih dua negara? Fuh. Begitulah kompleksnya kisah PRC dan ROC.
China tergolong dalam empat negara yang masih menggelar diri mereka sebagai sebuah negara komunis, bersama-sama dengan Vietnam, Korea Utara dan Cuba. Walaupun China dikomersialkan sebagai sebuah negara 'komunis', namun begitu mereka sebenarnya mengamalkan sosialisme dan bukannya komunisme.
Sempena ulang tahun penubuhan PRC ke-70 ini, perarakan besar-besaran dibuat di Dataran Tiananmen, Beijing. Ini adalah jelas sebuah show of force, sebuah tindakan berani untuk menunjukkan kepada dunia bahawa China sekarang sedang berada di landasan yang tepat untuk menjadi negara adikuasa. Xi siap berucap lagi, "Tidak ada daya yang dapat menyekat rakyat China dan negara China untuk maju ke hadapan / No force that can stop the Chinese people and the Chinese nation forging ahead". Ini berita lengkap pasal show of force Beijing. [1][3]
Ini adalah signal jelas kepada perusuh anti-Beijing Hong Kong dan para pejuang seperatis di pelusuk China yang lain. China takkan lepaskan Hong Kong, dan ia takkan dirunding dalam apa cara. [4]
Xi Jinping berucap di Dataran Tiananmen, ibarat menghidupkan semula aura Mao Zedong di lokasi bersejarah itu - memandangkan PRC ditubuhkan oleh Mao Zedong di Dataran Tiananmen pada 1 Oktober 1949.
Di sebalik kebangkitan China pada abad ke-21 ni, masih ramai yang skeptik dengan negara Tembok Besar ni. Inisiatif skala mega seperti Belt and Road Initiative (BRI). Mereka menggelarkan rancangan skala mega China ini sebagai perangkap hutang (debt trap). China pun tidak terlepas daripada kontroversi; paksaan asimilasi kepada masyarakat Ughyur, kawalan ketat ke atas umat Islam.
Walaupun China masih dipalit isu-isu berkenaan jenayah hak asasi manusia, Xi Jinping sudah banyak kali menekankan bahawa China bangkit dengan "peaceful way". Hmmmm.
Dalam lima dekad lepas, GDP China meningkat secara puratanya sebanyak 10 peratus setahun. Pada masa yang sama, peningkatan ekonomi ini berjaya mengeluarkan 850 juta rakyatnya daripada kemiskinan. Kini, China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia. Malah, syarikat-syarikat 'unicorn' di China melebihi nilai $1 bilion. Bukan biasa-biasa.
China pimpinan Xi Jinping hari ini boleh berbangga dengan kemajuan yang mereka kecapi hari ini untuk menjadi kuasa global, tetapi pendekatan mereka atas kawalan politik dan sosial sepanjang sedekad lalu ibarat mengembalikan mereka kepada 'masa lalu'. Kebebasan bersuara yang terhad dan kawalan sosial yang ketat. Mungkin China akan memeluk demokrasi liberal juga akhirnya?
Siapa tahu? Mungkin ya, mungkin tak. Masa depan di tangan rakyat China sendiri. Usaha menuntut demokrasi untuk dilaksanakan di China pernah disuarakan rakyat China sendiri, sedihnya tragedi hitam Dataran Tiananmen 1989 menjadi 'turning point' buat mereka.
Yang penting, semua orang sedang tertanya-tanya; apakah China pada 70 tahun mendatang akan jadi?
Sumber:
1. Reuters [2019], China showcases fearsome new missiles to counter U.S. at military parade,
feeds.reuters.com/~r/reuters/topNews/~3/lsMTEuiND24/china-showcases-fearsome-new-missiles-to-counter-u-s-at-military-parade-idUSKBN1WG342
2. TRT World [2019], www.trtworld.com/asia/in-pictures-the-people-s-republic-of-china-turns-70-30230
3. The Independent [2019], China marks 70th anniversary with huge military parade, www.independent.co.uk/news/world/asia/china-anniversary-national-day-70th-military-parade-xi-jinping-beijing-a9127251.html?utm_medium=Social&utm_source=Twitter
4. Nikkei Asian Review [2019], Xi vows to maintain 'stability of Hong Kong and Macau', asia.nikkei.com/content/ea3fcc073b8a77235f1879be58d123a0