Masa Depan Libra Yang (Masih) Samar Setakat Ini




Facebook membuat kenyataan pada 18 Jun lalu bahawa mereka bakal melancarkan mata wang kripto baharu, Libra. Mata wang digital yang berasaskan blockchain bakal diterbitkan menjelang 2020. Pengguna boleh menyimpan, menghantar dan membelanjakan Libra dengan mudah menggunakan platform Facebook. Libra juga mendapat sokongan padu daripada syarikat gergasi dunia seperti Visa, Paypal, Uber dan banyak lagi.

Mata wang kripto Libra - yang juga adalah stablecoin - bakal disandarkan dengan aset yang stabil dan ia jelas berbeza dengan Bitcoin. Libra bakal terikat dengan sekuriti berisiko rendah dan mata wang yang diterbitkan oleh kerajaan seperti dolar, euro, pound dan yen. Jumlah pengguna Facebook yang mencecah 2.7 bilion yang menggunakan Libra pasti menggugat kelangsungan bank tradisional!

Penerbitan mata wang kripto Libra oleh Facebook adalah perlu kerana pertumbuhan pendapatan Facebook yang semakin berkurang beberapa tahun kebelakangan ini; dan mereka perlu mencari jalan baharu bagi menambah hasil pendapatan mereka diluar bidang pengiklanan. Libra mempunyai potensi besar untuk membuka peluang pendapatan baharu dalam bidang pembayaran dan perdagangan.

Namun begitu, Jerome Powell Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) menyatakan bahawa penerbitan mata wang  kripto Libra bakal dibekukan sementara sehinggalah masalah penggubahan mata wang haram dan privasi dapat diatasi sepenuhnya. Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump tidak ketinggalan mengkritik mata wang kripto melalui ciapan di Twitter bahawa beliau bukanlah ‘peminat’ mata wang digital kerana ia bukanlah wang dan ketidaktentuannya (volatility). Bahkan, ia tidak diikat dengan sebarang aset. Tump membuat penegasan bahawa Facebook dan syarikat lain perlu mematuhi peraturan perbankan lain sekiranya Libra diterbitkan.

Para ahli Kongres AS daripada kedua-dua parti politik telah mempersoalkan keselamatan dan kebolehamalan Libra yang masih menjadi tanda tanya. Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menggambarkan isu Libra merupakan “isu keselamatan negara” kerana ia mempunyai potensi disalahgunakan untuk penggubahan wang haram dan kegiatan haram lain. Bank Pusat Eropah, Bank England dan Menteri Kewangan Perancis masing-masing dilema dengan status keselamatan mata wang Libra.
 
Rakan kongsi Facebook untuk menerbitkan Libra
Walaupun Facebook menghadapi banyak halangan ini, David Marcus yang mengetuai projek ini tetap optimis bahawa mereka dapat menyelesaikan segala keraguan terhadap Libra. Beliau menyatakan di hadapan para ahli Senat bahawa Libra tidak akan digunakan selagi segala masalah tidak diselesaikan. Jika Facebook berjaya menerbitkan Libra, mereka bejaya mewujudkan mata wang global baharu yang standing dengan dolar dan yen – dan tidak dikawal selia oleh bank pusat.

Setiap perkhidmatan atas talian berkait dengan isu keselamatan dan privasi. Cabaran terbesar bagi Libra adalah bagi pengguna benar-benar menggunakan mata wang kripto itu. Perkhidmatan Libra oleh Facebook yang bertujuan “menghantar wang seperti menghantar mesej” bukanlah suatu yang asing; banyak syarikat lain sudah menawarkan perkhidmatan ini seperti Alphabet Inc (Google), Circle, Apple Cash dan Paypal Holdings Inc (Venmo) – mereka turut membolehkan anda memindahkan mata wang fiat tradisional. Memandangkan penawaran perkhidmatan yang hampir sama dengan Libra sudah banyak, adakah Libra bakal menjadi pilihan pengguna akan datang?

Adakah Libra bakal menjadi mata wang global de facto, atau sebaliknya?

Only time will tell.

Sumber:

1.       Olga Kharif (2019), Bloomberg, Why (Almost) Everybody Hates Facebook’s Cryptocurrency Libra, https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-07-16/why-everybody-almost-hates-facebook-s-digital-coin-quicktake
2.       Connor Blenkinsop (2019), Cointelegraph, Stablecoin, Explained, https://cointelegraph.com/explained/stablecoins-explained
3.       Team INTRADAY (2019), INTRADAY, Ini Sebab Mengapa Presiden Donald Trump Tidak Suka Matawang Kripto & Bitcoin, https://intraday.my/ini-sebab-mengapa-presiden-donald-trump-tidak-suka-matawang-crypto-facebook-bitcoin/
4.       Team INTRADAY (2019), INTRADAY, Facebook Umumkan Matawang Crypto “Libra”, Ini 7 Fakta Yang Anda Kena Tahu, https://intraday.my/facebook-umumkan-matawang-crypto-libra-ini-7-fakta-yang-perlu-anda-tahu/



Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama