Kejutan Menarik Dalam Kabinet Indonesia Maju 2019-2024 : Tanda Kebangkitan Indonesia



Nampak gaya, ramai juga yang fokus benar pasal Kabinet Indonesia Maju 2019-2024 yang disenaraikan sendiri oleh Presiden Indonesia J. K. Widodo pada Rabu lepas. Ada yang tergamam apabila Nadiem Makarim (pengasas syarikat unicorn Indonesia pertama, Gojek) sebagai salah seorang menteri kabinet. Ada juga yang terkejut dengan kemasukan Prabowo (pesaing utama Jokowi dalam Pemilu) dalam senarai kabinet Indonesia baharu ni. Kenapa kecoh betul pasal kabinet baharu Indonesia ni? Begini.

Rakyat Indonesia semakin berpecah pasca Pemilu. Selepas Jokowi memenangi Pemilu lepas, Indonesia sudah pun berdepan dengan tiga rusuhan utama – rusuhan bantahan keputusan Pemilu, rusuhan Papua dan rusuhan mahasiswa terhadap Rang Undang-Undang Kitab Hukum Pidana (RUU KUHP). Ini adalah bukti lengkap rakyat Indonesia semakin berpecah pasca PILPRES. Masing-masing berpecah berdasarkan pendirian politik dan identiti mereka. Sebab tu, langkah penyenaraian Prabowo sebagai Menteri Pertahanan baharu dilihat sebagai sebuah langkah ‘perpaduan semula’. Setidaknya, penyokong tegar Jokowi dan Prabowo dapat berbaik-baik mencontohi pemimpin mereka tu. Langkah strategik Jokowi ni dapat menstabilkan keadaan dan membina semula negara yang sudah teruk berpecah pasca Pemilu. Lagipun Prabowo memang berlatarbelakangkan ketenteraan, baik Jokowi letak Prabowo dalam kabinet terutamanya dalam bab pertahanan.


Tak kurang jugak yang menuduh Prabowo dah lari daripada prinsip politik sendiri. Prabowo dahulu yang vokal mengkritik Jokowi dalam kempen Pemilu lepas, kini mesra pulak dengan Jokowi. Padahal, mereka tak sedar yang seni politik sentiasa bersifat fleksible. Hari ini kawan, esok bisa jadi lawan. Hal ni yang mesti difahami oleh rakyat Indonesia sekarang. Tiada musuh kekal selamanya. “For statesman there are no permanent enemies, there are only permanent interests”. Jokowi sanggup menolak tepi perbezaan politiknya dengan Prabowo demi kepentingan nasional Indonesia itu sendiri.

*Tahu tak Prabowo Subianto pernah mengetuai operasi pasukan Nanggala di Timur Timor pada 7 Disember 1975? Prabowo ni bukan sebarangan askar semasa bertugas dalam TNI.


Untuk pelantikan Nadiem Makarim sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan (Mendikbud), posisi Nadiem sangat sesuai dengan latar berlakangnya yang berpendidikan dari Harvard ni. Nadiem ada pengalaman berharga sebagai pengasas bersama (co-founder) syarikat Zalora dan Gojek. Selepas Nadiem mendapat tawaran untuk menjawat jawatan Mendikbud, Nadiem kena lepaskan jawatannya sebagai CEO Gojek. Walaupun Nadiem tiada pengalaman politik, itu tak menghalang dia menyertai Kabinet. Indonesia mengamalkan sistem republik berpresiden (presidential republic), jadi bukanlah suatu yang baharu untuk seseorang yang tiada latar belakang politik naik menjadi menteri kabinet.

Pembangunan modal insan sangat penting bagi Indonesia untuk menjadi kuasa ekonomi keempat terbesar dunia pada 2030. Di kala pembangunan infrastuktur awam ‘crucial’ untuk pertumbuhan ekonomi Indonesia, pembangunan modal insan bagi setiap rakyat Indonesia pun sama pentingnya. Indonesia perlu manfaatkan sumber daya manusia mereka sebaik mungkin. Jadi, pilihan Jokowi untuk menyenaraikan Nadiem ke dalam kabinet adalah pilihan yang tepat. Apapun, masih terlalu awal untuk menilai prestasi Nadiem Makarim di kabinet.



Kabinet Indonesia Maju dianggotai oleh 34 menteri, 18 daripadanya ada latar belakang politik manakala baki 16 menteri ini tiada langsung latar belakang politik. Ini antara senarai beberapa menteri baharu dan lama dalam Kabinet Indonesia Maju:

Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) - Erick Thohir, Menteri Perhubungan – Budi Karya Sumadi, Menteri Pariwisata (Pelancongan) dan Ekonomi Kreatif – Wishnu Utama, Menteri Kewangan – Sri Mulyani, Menteri Luar Negara - Retno Matsuadi, Menteri Koordinator Kemaritiman dan Investasi - Luhut Binsar Panjaitan.

Ada yang melihat senarai Kabinet Indonesia Maju sebagai langkah mengimbangkan kuasa politik. Ada juga yang melihat senarai kabinet baharu ini untuk memberikan sepenuh fokus kepada ekonomi negara ini. Pelantikan warga profesional (teknokrat) dalam kabinet akan membantu melicinkan pentadbiran dalam pembangunan ekonomi. Di sisi lain, senarai kabinet ini menjamin kestabilan politik di Indonesia. Dengan penyertaan Prabowo dalam kabinet Indonesia, dia pun dapat bersama menjaga kepentingan nasional Indonesia.

Apa yang pasti, Indonesia dah berjaya mendapat satu kunci utama kebangkitan negara itu – kestabilan politik. Hasilnya, wujudlah sebuah kerajaan yang efektif untuk mentadbir negara sendiri. Peruntukan belanjawan lancar, pengagihan dana takde masalah, pertumbuhan ekonomi pulak makin mengembang. Jokowi sememangnya pilihan tepat untuk kepimpinan Indonesia sekarang. Gembira lain macham bila negara jiran Indonesia memang ‘on track’ untuk bangkit menjadi kuasa serantau satu hari nanti. ‘The rise of Nusantara’.

Soalan yang sama mesti ditanya kat kita juga; bagaimana pula dengan Malaysia ketika kebangkitan Indonesia nanti? Adakah sama tinggi dengan Indonesia, atau sebaliknya?

Think about it.

Sumber:

1. Nailah Huda, Astro Awani [2019], Jokowi umum barisan Kabinet Indonesia Maju 2019, www.astroawani.com/berita-dunia/jokowi-umum-barisan-kabinet-indonesia-maju-2019-220782

2. Erin Cook, The Diplomat [2019], What Does Jokowi's New Cabinet Mean for Indonesia, thediplomat.com/2019/10/what-does-jokowis-new-cabinet-mean-for-indonesia/

3. Justito Adiprasetio, Juwita Hayyuning Prastiwi, Muhammad Ryan Sanjaya, The Conversation [2019], Analisis Kabinet Indonesia: Jokowi utamakan stabilitas politik di atas segalanya,
theconversation.com/analisis-kabinet-indonesia-maju-jokowi-utamakan-stabilitas-politik-di-atas-segalanya-125716

4. The Patriots[2019],  Melihat Kabinet Indonesia Maju 2019-2024, 

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama