Pergi lah ke kedai runcit ke, pasar raya ke, pusat beli belah ternama ke; semua nya ada makanan yang cukup. Tak kisah lah makanan Melayu ke, Thai ke, Barat ke, Cina ke. Daripada makanan asas seperti beras sampailah makanan yang siap dimasak seperti nasi ayam penyet. Semua ada. Pernah tertanya-tanya tak, macam mana makanan kita sentiasa ada di seluruh negara setiap hari? Walaupun kita makan setiap hari?
-
Di sini lah, jaminan makanan / food security mainkan peranan nya.
Jaminan Makanan / Food Security
Jaminan makanan didefinisikan oleh Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Keselamatan Makanan Sedunia sebagai "the condition in which all people, at all times, have physical, social, and economic access to sufficient safe and nutritious food that meets their dietary needs and food preferences for an active and healthy life". Ringkasnya, ia bermaksud setiap orang mempunyai akses kepada makanan berkhasiat yang bersesuaian dengan keperluan seseorang.Pada tahun-tahun mendatang, perubahan iklim global, peningkatan harga makanan dan pertambahan penduduk memberi kesan kepada jaminan makanan ni.
Adakah semua orang dapat makanan yang cukup? Tunggu sampai korang tengok data dari FAO.
Berdasarkan data yang diperoleh dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), jumlah manusia kekurangan zat meningkat sejak 2014 dan mencecah 821 juta manusia pada 2017. Kes ini melibatkan 10.9% dari jumlah populasi dunia sekarang. Situasi ni memang menyedihkan kalau ditengok kat Afrika dan Amerika Selatan. Afrika mencatat kes tertinggi kekurangan zat dengan 21% daripada populasi mereka melibatkan lebih 245 juta nyawa. Lain pula di Amerika Selatan, 5.0% dicatat pada 2017 berbanding 4.7% pada 2014.
FAO dah menyenaraikan empat penanda aras / indicator untuk jaminan makanan;
1) kesediaan makanan (availability),
2) akses kepada makanan (access),
3) stabiliti (stability),
4) penggunaan makanan (biological utilisation).
Setiap negara bertanggungjawab untuk memastikan jaminan makanan berlaku supaya pasaran dan harga makanan stabil. Sedangkan harga ayam naik 50 sen pun ramai dah berguling marah, tak gitu? Kerajaan mesti laksanakan dasar jaminan makanan bagi memastikan kesediaan makanan kepada rakyat ada berterusan.
Malaysia sebenarnya sudah lama menjalankan dasar jaminan makanan ni sejak sebelum merdeka lagi; dikenali sebagai Dasar Padi dan Beras Negara. Isu jaminan makanan ni tak dipandang serius sebelum ni tapi ia adalah 'wake up call' untuk Malaysia dek kerana krisis makanan dunia pada tahun 2008.
Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang menjalankan dasar jaminan makanan ni. Dasar Agro Makanan Negarani akan dilaksanakan dari 2011 hingga 2020 melibatkan kos sebanyak RM1.1 billion hanya untuk sektor pertanian sahaja. Dasar ini juga menjadi teras kepada pembangunan sektor agro makanan negara.
Anggota negara ASEAN sepatutnya mengikut langkah EU untuk memantapkan dasar jaminan makanan mereka. EU langsung tak berhadapan dengan sebarang masalah dalam hal jaminan makanan ni. Tak terkejut lah diorang dapat tumpukan kepada bidang mahir lain seperti kejuruteraan, seni bina, pentadbiran dan lain-lain. Better late than never, ASEAN perlu cakna dengan hal ehwal berkenaan jaminan makanan. ASEAN perlu jadi seperti EU, tanpa meniru bulat-bulat konsep EU. Malaysia sebagai 'pivot country' dalam ASEAN perlu mengambil langkah seterusnya untuk memantapkan lagi ASEAN dalam hal jaminan makanan ni.
Bersyukur lah dengan makanan yang kita ada. Di kala kita kekenyangan, masih ada orang kelaparan. Soalan yang kita kena jawab sekarang, mampukah kesediaan makanan di negara kita berkekalan selamanya, dan yang lebih penting - seluruh dunia.
✌✌✌
Wallahualam.
Sumber:
1. International Food Policy Research Institute, Food Security, http://www.ifpri.org/topic/food-security
2. World Economic Forum, Food security and why it matters,
https://www.weforum.org/agenda/2016/01/food-security-and-why-it-matters/
3. Food and Agriculture Organization of the United Nation (FAO), http://www.fao.org/state-of-food-security-nutrition/en/
4. The Patriots, Jaminan Makanan (Food Security) Di Malaysia,
https://www.thepatriots.asia/jaminan-makanan-food-security-di-malaysia/
5. PMC, Food Security-A Commentary: What Is It and Why Is It So Complicated,
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5302220/
6. WOCATpedia, Definition and Dimension of Food Security,
https://wocatpedia.net/wiki/Definition_and_Dimensions_of_Food_Security
7. International Cooperation and Developement, Food and nation security, https://ec.europa.eu/europeaid/sectors/food-and-agriculture/food-and-nutrition-security_en
8. Portal 1 Klik, Dasar Agro Makanan Negara, pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/12962-dasar-agro-makanan-negara.html