Bunga Ros Biru - Makna Di Sebalik Misteri Kewujudannya Di Alam Flora


Kalau lah korang berjaya untuk menemui sesuatu yang mustahil - seperti menemui lambakan emas di penghujung pelangi - mesti terlintas di fikiran korang pasal ros biru. Ia menjadi elemen imaginasi yang sentiasa 'wujud' dalam sastera mahupun seni.

Bunga ros kekurangan gen spesifik dan pigmentasi yang berupaya menghasilkan warna biru. Malah, bunga ros ungu dan lavender kelihatan seperti bunga ros biru bawah cahaya tertentu. Apa yang pasti, bunga ros biru mempunyai simboliknya tersendiri.


Memandangkan ketidakwujudan dan kemahuan bunga ros biru untuk wujud dalam dunia flora, ia menjadi simbol ketidakcapaian (unattainableness). Ia ibarat suatu yang ditakdirkan sebagai mimpi dan harapan yang takkan tercapai.

Bunga ini juga menjadi lambang cinta pandang pertama. Ia juga sinonim dengan cinta mustahil ataupun cinta tak berbalas. Ada sesetengah budaya yang mengenengahkan bunga ros biru dengan darah diraja, keagungan dan kemegahan.

Tambahan lagi, ia menjadi simbol keinginan, keabadian mahupun kecintaan. Pada sudut berbeza, bunga ini dapat memberi ketenangan, meredakan kegelisahan dan membantu untuk tidur.


Bunga ros biru ni menjadi tema utama dalam lagu baharu IU dalam mini album 'Love Poem', Blueming. Sejak lagu ini dilancarkan pada 18 November 2019, ia sudah banyak kali menjadi juara carta lagu di Korea Selatan. Dalam video muzik Blueming pun banyak betul bunga ros biru yang punya mesej tersendiri. Nak tahu lebih, kena tonton sendiri lah. Korang berpakatlah untuk cari apa 'mesej' dalam MV Blueming tu.


Bukan bunga ros biru sahaja yang punya simbolik. Bunga ros lain pun sama juga. Bunga ros putih mewakili cinta abadi, kesucian dan gabungan spiritual, merah mewakili keberanian, kehormatan dan kegembiraan, kuning mewakili persahabatan, kegembiraan dan keterbukaan.

Bunga ros yang kita nampak ibarat tiada apa sebenarnya membawa seribu makna. Apa lagi, dapatkan lah bunga ros korang untuk nikmati baru harum daripada bunga ini. (untuk yang single, sendiri fikirlah nak gaya macam mana) 


Sumber:

1.  Flower Meanings [2019], Blue Rose - Meanings and Symbolisms, flowermeanings.org/blue-rose-meaning/

2. Gardenerdy [2019], Symbolic Meaning of Blue Roses That'll leave You Stupified, gardenerdy.com/blue-rose-meaning

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama