Pemenang Hadiah Keamanan Nobel ( Nobel Peace Prize ) 2019 adalah Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed. Antara nama yang tercalon dalam Hadiah Nobel kali ni termasuklah Greta Thunberg (aktivis alam sekitar Sweden); popular dengan trademark dia 'How dare you', Jacinda Ardern (Perdana Menteri New Zealand); simbol kesatuan selepas insiden memilukan Christchurch pada Mac 2019, Raoni Metuktire (ketua orang asli Brazil); menghabiskan hidupnya memelihara hutan Amazon.
Tengok nama dan sumbangan diorang pun dah macam 'wow'. Anugerah prestij ni dah mencalonkan 301 calon untuk bersaing, terdiri daripada 223 individu dan 78 pertubuhan. Keputusan Hadiah Keamanan Nobel ni baru sahaja dikeluarkan pada 11 Oktober.
Jawatankuasa Nobel (Nobel Committe) memberi penghargaan ini kepada Abiy Ahmed atas "usaha untuk mencapai keamanan dan kerjasama antarabangsa, terutamanya inisiatif penting untuk menyelesaikan masalah berkaitan konflik sempadan dengan negara jiran; Eritrea/“efforts to achieve peace and international cooperation, and in particular for his decisive initiative to resolve the border conflict with neighboring Eritrea." Beliau adalah pemenang Hadiah Keamanan Nobel ke-100 di Oslo, dan beliau akan menerima anugerah ini Disember nanti.
Abiy dah tergolong dalam pemenang Hadiah Keamanan Nobel dari Afrika lain - Kofi Annan, Nelson Mandela. Dia jugak adalah pemenang pertama anugerah ini dari Tanduk Afrika.
Ethiopia, Eritrea, Somalia, Djibouti - negara-negara ni terletak di Tanduk Afrika (Africa's Horn). Persamaan semua negara ni adalah pembangunan yang lembap dek kerana konflik dan peperangan antara etnik dan negara. Bukan itu sahaja, kawasan geografi mereka yang tandus pun menyukarkan pembangunan negara mereka.
Masih muda lagi Abiy Ahmed ni, lagipun umurnya baru 43 tahun. Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Ethiopia pada April 2018. Malah, beliau adalah ketua kerajaan termuda di Afrika. Bukan tu sahaja, Abiy adalah Perdana Menteri Ethiopia pertama daripada etnik Omoro. Jadi, apa sebenarnya sumbangan Abiy Ahmed?
Dia melancarkan reformasi liberal kat Ethiopia, membebaskan ribuan aktivis daripada cengkaman penjara dan membenarkan pesalah buangan negeri (exiled) kembali semula. Tetapi, pencapaian perjanjian damai antara Ethiopia dan Eritrea pada Julai 2018 adalah 'highlight' utama.
Ethiopia dan Eritria dah berperang 20 tahun sebab konflik sempadan. Ethiopia didiami oleh etnik majoriti utama iaitu Omoro dan Amhara, manakala Eritrea diduduki oleh Tigray. Ethiopia dan Eritrea berebut pekan antara dua negara ini; Badme. Pekan ini takde sumber hasil atau berlokasi strategik pun, sampai ada yang menggelarkan perebutan pekan Badme ibarat 'dua orang botak yang berebut sikat'/'two bald men fighting over comb'.
Ramai orang terkorban dalam pertelingkahan sempadan ni kira-kira 80,000-100,000 nyawa terkorban. Pada awal 2000, perjanjian damai ditandatangani oleh dua negara ni. Jawatankuasa sempadan ditubuhkan untuk menyelesaikan isu ni. Keputusan jawatankuasa ni dikeluarkan pada 2002, Badme diserahkan kepada Eritrea.
Ethiopia tak setuju, dan menyuruh jawatankuasa sempadan sambung penyiasatan. Eritrea tak setuju, melainkan Badme diserahkan kepada mereka dulu. Jadi, dua-dua buntu dalam fasa ini dan keganasan berlaku di sempadan selama dua dekad. Perang masih tak tamat, fasa aman jauh panggang dari api.
Bila Abiy naik jadi PM, dia mengutamakan perdamaian dengan Eritrea. Abiy menyatakan yang dia menghormati keputusan jawatankuasa sempadan 2000. Bermula dari tu, ketegangan Ethiopia-Eritrea kendur dan mula mesra.
Dalam proses perdamaian sengketa Ethiopia-Eritrea, kita jangan terlepas pandang peranan Saudi dan UAE. Mereka juga komponen penting dalam perdamaian ini. Selain mereka nak jalankan perdagangan dengan Ethiopia, diorang 'ada udang dalam batu' dari segi kepentingan geopolitik; memandangkan Ethiopia berhadapan dengan Yaman. Nilai Ethiopia sangat strategik bagi Saudi-UAE, bagi percaturan serantau.
Tanduk Afrika yang sebelum ni sepi daripada perhatian dunia, sekarang mula popular bermula dengan kemenangan Abiy Ahmed dalam anugerah berprestij dunia ni. Tanduk Afrika kini tinggi nilainya dalam nilai geostrategik, mesti banyak negara luar bakal menerokai potensi besar negara ni.
Dengan penganugerahan Hadiah Nobel terhadap Abiy Ahmed, orang luar dapat lah tahu negara yang baru mereka kenal. Mungkin, ada yang tak pernah dengar nama Ethiopia dan Eritrea.
Sumber:
1. Reuters [2019], Ethiopia's Abiy wins Nobel Peace Prize for resolving conflict with Eritrea
http://feeds.reuters.com/~r/Reuters/worldNews/~3/F1UNr8qOvy8/ethiopias-abiy-wins-nobel-peace-prize-for-resolving-conflict-with-eritrea-idUSKBN1WQ12I
2. The Independent [2019], Nobel Peace Prize 2019, Ethiopia PM Abiy Ahmed wins for role in ending 20-year war with Eritrea, www.independent.co.uk/news/world/europe/nobel-peace-prize-2019-winner-abiy-ahmed-ethiopia-pm-eritrea-war-announcement-a9151716.html
3. Vox [2018], The sudden end of Ethiopia-Eritrea war, explained,
www.vox.com/platform/amp/2018/7/31/17595988/ethiopia-eritrea-peace-abiy-ahmed