Apabila Presiden Amerika Syarikat Berdepan Dengan Krisis Utama; 'Impeachment'



Siapa lagi yang ketinggalan keretapi dalam berita 'impeachment' Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump? Ataupun, tak tahu? Tak mengapa, anda tak lewat mana. Benda boleh cerita.

Mengikut Oxford Dictionary, 'Impeachment' adalah 'the act of charging an important public figure with a serious crime'. Ketika awal penubuhan Amerika Syarikat, sebuah dilema membelenggui minda Bapa-Bapa Pengasas negara tersebut; kaedah untuk mengelakkan kemunculan diktator atau korupsi.

Jadi, 'impeachment' diperkenalkan setelah merujuk kepada sejarah Rom - dimana seorang Consul boleh dibuang melalui perbicaraan oleh Senate. Consul adalah pengerusi kepada Senat, yang berkhidmat sebagai lembaga penasihat dalam empayar Rom. Nama dengan sistem impeachement ini dimaktubkan dalam Perlembagaan sejak 1789 bagi mana-mana Presiden atas kesalahan 'treason, bribery, or other crimes and misdemeanors'. Sistem ini adalah jawapan paling sesuai untuk menghalang seorang pemimpin di masa hadapan untuk menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi.

Dewan Perwakilan (House of Representative) mempunyai kuasa untuk memulakan 'impeachement' terhadap Presiden. Dewan Perwakilan akan meluluskan "Article of Impeachment", sebuah kertas dakwaan terhadap Presiden. Lalu, kertas dakwaan ini akan dihantar ke Dewan Senat (House of Senate) untuk dibicarakan. Sekiranya 2/3 Dewan Senat mendapati Presiden bersalah, maka Presiden AS tersebut akan diturunkan jawatan. Jika impeachement ini berhasil, Donald Trump akan menjadi Presiden ketiga yang berdepan 'impeachment' selepas Andrew Johnson (1868) dan Bill Clinton (1998).

Nancy Pelosi, ahli Parti Demokrat memulai 'impeachment' terhadap Presiden AS, Donald Trump. Trump dituduh atas tuduhan bersubahat dengan kuasa asing. Trump pernah menelefon Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk menyiasat kesalahan Joe Biden sepanjang khidmatnya sebagai Naib Presiden AS pada era pemerintahan Barack Obama (2009-2016).

Kata Trump, Biden bersalah kerana Biden telah menekan kerajaan Ukraine untuk melucutkan jawatan Viktor Shokin, pendakwa raya Ukraine. Viktor Shokin ketika itu sedang menyiasat Hunter Biden, anak kepada Joe Biden yang menjadi ahli lembaga kepada syarikat gas asli Ukraine (Burisma).

Apa yang pasti, Trump sedang berusaha untuk memburukkan imej Joe Biden, salah satu pencabar utama dalam pemilihan presiden 2020. Memandangkan Joe Biden dari Parti Demokrat yang bakal mencabar posisi beliau sebagai Presiden, Trump mahu memburukkan imej beliau.



Adakah Trump boleh dinyahkuasakan sebagai Presiden dengan 'impeachement' kali ini? Mungkin boleh, tapi tak mudah. Republikan merupakan majoriti di Dewan Senat (House of Senate). Memang susah untuk menyabitkan kesalahan kepada Trump. Nak dapat undi 2/3 daripada Dewan Senat untuk 'impeach' Trump, memang susah.

'Impeachment' adalah sebuah sistem bagi menjamin integriti Presiden Amerika Syarikat. Bagi sebuah republik berpersekutuan yang bertunjangkan demokrasi liberal, sistem 'impeachment' adalah perlu. Malangnya, ia juga tak terlepas daripada menjadi permainan politik bagi menjatuhkan seteru mereka dari kem politik berbeza (baca: parti). Apa yang pasti, rakyat AS mahukan penyelesaian bagi masalah mereka, dan mereka tak mahukan drama politik sebegini.

Bila AS bakal tenang semula daripada ribut politik ni, takde siapa tau daa...

Sumber;

1. http://feeds.reuters.com/~r/Reuters/PoliticsNews/~3/C_SRTVJ2lMA/explainer-what-it-would-take-for-congress-to-impeach-trump-idUSKBN1W822S

2. http://feeds.reuters.com/~r/Reuters/PoliticsNews/~3/5XETJyk4ugw/house-intelligence-committee-sets-friday-deadline-for-doj-information-idUSKBN1WA1QP

3. https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/english/impeachment?q=impeachment

4. https://time.com/5685325/impeachment-inquiry-donald-trump-democrats/

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama