"Apa nak dibangga sangat jadi orang Melayu ni? Tak ada bukti ketamadunan pun. Busana Melayu pun selekeh sungguh. Entah-entah sebatang jarum pun tak reti buat. Patutlah ramai miskin sekarang, nenek moyang pun sama miskin. Pfft."
Tak lama lepastu, dia dibantai secara berjemaah oleh orang Melayu keseluruhannya dan patah seribu tulangnya. Tidaklah dia bermaya merendahkan keupayaan bangsa Melayu lagi. Menyesal tak sudah dibuatnya.
Apa sebabnya?
-
Ini satu tohmahan yang tak logik. Kenapa kata bangsa Melayu takde bukti ketamadunan? Punya lah berlambak khazanah, kitab dan ilmu di Alam Melayu a.k.a. Nusantara ni, kenapa mesti diratib "tiada"? Tamadun di Sungai Batu, Kedah adalah salah satu bukti ketamadunan bangsa Melayu khususnya yang telah melangkaui teknologi kebanyakan bangsa lain di dunia ni.

Daripada sebidang tanah biasa, kepada tapak arkeologi tamadun terawal di Asia Tenggara. Sejak memulakan kerja ekskavasi pada 2009, banyak penemuan dan artifak yang menakjubkan telah ditemui. Setelah dipetakan tanah tersebut, 97 tapak dapat dikesan yang kemungkinan wujud kompleks pentadbiran yang cekap bagi mengawal perdagangan yang sibuk di rantau ini. Setelah dikaji, tapak arkeologi ini dapat dijejak seawal abad kelima sebelum Masihi iaitu 582 Masihi. Lebih 500 tahun awal daripada kelahiran Nabi Isa!
Pesat sungguh ketamadunan di Sungai Batu ketika itu. Dari candi, pusat pelabuhan yang pesat dan juga tapak peleburan besi telah dijumpai di sini. Bukan itu sahaja, besi yang dihasilkan di sini pun adalah besi terbaik dunia ketika itu. Sehinggakan ada hipotesis mengatakan besi pedang Nabi Muhammad yakni pedang qala'i berasal dari sini.
Betapa tuanya tamadun di sini? Tamadun ni sezaman dengan Taman Tergatung Babylon, 400 tahun lebih tua dari Tembok Besar China, 300 tahun lebih tua dari Rumah Api Iskandariah kat Mesir, 200 tahun lebih tua daripada Petra kat Jordan dan banyak lagi.
Banyak sungguh ilmu dan teknologi yang dikuasai oleh bangsa Melayu ketika itu. Tanpa ilmu dan pengetahuan, tamadun di Sungai Batu takkan wujud. Kerjasama utuh para penguasa, ilmuan dan orang Melayu berjaya menjadikan Sungai Batu sebagai antara destinasi pilihan utama pedagang pada masa tu.

Tidakkah kita sedar?
Celah mana buktinya untuk dakwaan "Melayu sebatang jarum pun tak mampu buat" ni? Pakar sejarah dan arkeologi pasti meludah kalian yang menyokong dakwaan dangkal ni. Punya lah banyak tinggalan sejarah macam ni, korang pulak kata tiada "khazanah"?
Setiap bangsa yang maju pasti berpegang teguh dengan bangsanya. Lihat sahaja lah bangsa Jepun yang mampu bangkit semula dari abu di kala Perang Dunia Ke-2 dan menjadi kuasa besar pada masa kini. Apa lagi alasan untuk kita malu dengan bangsa kita?
Semua bangsa sudah kembali kepada akar sejarah mereka kembali. Mereka sedar hanya inilah caranya untuk membantu mereka menjadi kuat nanti. Tidak ada lagi alasan untuk bangsa Melayu lari dari kenyataan ini. Moyang-moyang kita telah berjaya lakukannya, apa alasan kita untuk tidak berjaya? Bersatu hati lah kita hendaknya, kejayaan akan datang bergolek!
Bak kata Hang Tuah;
"Takkan Melayu hilang di dunia, selagi mereka berpegang pada Islam"
Banyak saja lagi tinggalan bangsa Melayu ni, tapi kurangnya pengetahuan didedahkan kepada orang awam. Moga bangsa Melayu mampu bangkit kembali - seperti sebelum ini.
Wallahualam.
*Kisah kat atas tu takde kaitan dengan sesiapa yang hidup dan mati. Cuma hiburan semata-mata.*
Sumber:
1. Jabatan Warisan Negara [2018], Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu & Pembangunan Warisan Lembah Bujang, Kedah, http://www.heritage.gov.my/ms/arkeologi/arkeologi-darat/penyelidikan-arkeologi-sungai-batu-pembangunan-warisan-lembah-bujang-kedah
2. The Patriots [2017], Apa Istimewanya Tamadun Sungai Batu Di Kedah?, https://www.thepatriots.asia/apa-istimewanya-tamadun-sungai-batu-di-kedah/
3. The Star [2015], Ancient shipwrecks discovered in Kedah, https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/08/31/kedah-ancient-shipwreck/
4. BERITA MediaCorp [2015], Sungai Batu bawa semula pemikiran sejarah tamadun di Asia Tenggara, https://berita.mediacorp.sg/mobilem/lifestyle/sungai-batu-bawa/2252308.html
5, Sinar Harian [2018], Kebun sawit tertanam rahsia, http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kebun-sawit-tertanam-rahsia-1.873751
6. Ismaweb [2015], Selamatkan tapak sejarah Sungai Batu, https://www.ismaweb.net/2015/10/14/selamatkan-tapak-sejarah-sungai-batu-kedah/
6. Ismaweb [2015], Selamatkan tapak sejarah Sungai Batu, https://www.ismaweb.net/2015/10/14/selamatkan-tapak-sejarah-sungai-batu-kedah/