Tanah Kita


Di tanah ini,

Bangun pagiku begitu tenang,
Lantas bersiap kelas dituju,
Tuntut ilmu tidak pernah senang,
Aman suasana diajar guru,
Di rumah rehatkan badan,
Amal semabahyang wirid dan zikir,
Siap semua lalu aku makan,
Baring aku sejenak berfikir,
Beruntung kah aku?

Di tanah lain,

Tak kira apa media,
Bercetak atau atas talian,
Myanmar, China, Palestin, Syria,
Yang zalim hilang belas kasihan,
Yang lemah bak binatang,
Sungai darah mengalir sudah,
Mereka meroyan kuat terang,
Ramai bergelut hidupnya susah.

Di kala kita tidur selesa,
Mereka menyorok cari perlindungan,
Di kala kita rasa kenyang,
Mereka kongsi apa-apa makanan,

Terbuktilah benar sabda Nabi,
Hatta banyak bak buih lautan,
Tidak mampu kumpul sebarang kekuatan.

Dengan tulisan aku meyeru,
Beza bangsa beza bahasa,
Bukanlah itu penghalang kita,
Bela mereka yang teraniaya,
Kerana kita,
Di bawah langit yang sama.

Selagi udara dapat ku hirup,
Selagi jantung masih berdegup,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi diri dirahmati Tuhan,
Usaha mulia terus ku redah,
Bela saudara satu akidah.

Sinopsis:

Penulis meluahkan rasa marah kepada semua negara di dunia ni yang dengan sengaja membutakan mata mereka kepada orang yang teraniaya ni. Banyak lagi negara yang perlukan bantuan, terutamanya Muslimin di Palestin, Uighyur, Rakhine dan Syria umumnya. Hanya dengan perpaduan ummah yang kukuh, umat Islam dapat membela saudara seakidah.

Wallahualam.
😇😇
😙😙😙

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama