Teka Nombor


Hanya di permainan teka nombor,
Sembilan kerat tubuh diberi,
Ada yang berisi,
Ada yang lompong,
Yang kosong sudah diisi,
Tiada sudah yang lompong.

Tiada beza dengan kehidupan,
Semua orang semua insan,
Tidak kira apa kelemahan,
Jangan dirisau, itu adalah kebiasaan,
Berdirilah dengan kaki sendiri,
Perbaiki kelemahan dengan teliti,
Bangga lah jadi diri sendiri!

Di teka nombor ada aturan,
Nombor diatur ada urutan,
Nombor diguna hanya sekali,
Bakinya akan diguna nanti,
Sama nombor usah diletak,
Di sama barisan mahupun kotak.

Apa bezanya dengan kehidupan,
Semua orang semua insan,
Tidak ada yang serupa,
Wajah harta sifatnya,
Terimalah sendiri buruk dan cela,
Usah dilayan yang mengata,
Dengan perbezaan yang kita bangga,
Buat kita istimewa!

Teka nombor tidak lah mudah,
Sekali sangkut merana tak sudah,
Bak hati dihiris sembilu,
Pasti rasa sedih dan pilu,
Pabila nombor benar diisi lengkap,
Rasa bangga meluap-luap.

Sungguh, apa beza dengan kehidupan?
Semua orang semua insan,
Bak kata orang tua-tua,
Hidup tak ubah bak roda,
Bila di bawah jangan menyerah,
Bila di atas jangan bermegah.

Fuh!

Siapa sangka,
Siapa saja dapat meneka,
Teka nombor begitu menakjubkan,
Sungguh berkait dengan kehidupan,
Tak kira apa bakal berlaku,
namanya tetap "SUDOKU".

Sinopsis:

Penulis menerjemahkan sudoku dalam bentuk bait syair dan mengaitkan pemainan teka nombor ini dengan pengalaman hidup manusia secara amnya. Sapa suka layan sudoku ni? Kita geng.

Pernah korang terfikir sudoku boleh di'sajak'kan?

😆😆

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama