Ada Apa Dengan Brexit?


Antara isu menarik yang korang kena ambik tahu pada tahun ni - Brexit. Yup. Memandangkan deadline Brexit adalah Mac 2019 dan masa dah tak banyak, ni yang menjadikan topik Brexit 'panas'. Toksah lah serabut bagai, kita mulakan artikel ni dengan satu soalan; "Apa itu Brexit?"

Brexit ni sebenarnya adalah kata singkatan "British Exit" untuk menerangkan bahawa United Kingdom (UK) mahu keluar dari Kesatuan Eopah / European Union (EU). Antara isu yang selalu dimainkan dalam Brexit; kawalan sempadan, kawalan 'pendatang'/ imigran dan pasaran bebas Eropah.

Pada Jun 2016, rakyat UK telah mengundi sama ada UK perlu keluar dari EU atau tidak. Seramai 51.9% mengundi "KELUAR EU" dan 48.1% mengundi "KEKAL EU". Referendum ini telah disertai oleh 71.8% dengan disertai oleh lebih 30 juta rakyat UK. Kemenangan tipis ini menjadi 'bukti' suara rakyat yang mahukan UK keluar dari EU.

Sehari selepas referendum ni dilaksanakan, Perdana Menteri (PM) Britain, David Cameron letak jawatan sebagai PM dan diganti oleh Theresa May, PM Britain sehingga kini. Oh, mereka ni juga dari Parti Konservatif - parti pemerintah kerajaan UK.

Ok, back to the topic. Proses Brexit secara formal dilakukan pada 29 Mac 2017, selepas UK trigger Artikel 50 di Perjanjian Lisbon. UK dijadualkan untuk keluar dari EU (bukan Eropah) pada 29 Mac 2019. UK ada 2 tahun untuk bincang dengan EU dalam hal-hal tertentu sebelum keluar sepenuhnya dari EU..

Pada 25 November 2018, UK dan EU bersetuju dengan perjanjian 'cerai' dalam 585 muka surat menyentuh isu-isu seperti divorce bill, hak rakyat dan sempadan Irish. Nampak macam mudah je nak keluar? Parlimen telah tolak perjanjian 'cerai' UK-EU pada 15 Januari 2019 dengan kekalahan terbesar sejak 1920 iaitu 432-202. Tak cukup dengan itu, Jeremy Corbyn (Ketua Pembangkang) dah usulkan undi tak percaya pada Theresa May pada 16 Januari. Mujur Theresa menang tipis 325-306 dan kekal jadi PM UK.


Dah macam ni gayanya, Brexit ni boleh jadi kenyataan ke? Ya. Itulah undang-undangnya. Nak tak nak,UK kena keluar EU jugak. UK perlu mengubah undang-undang nya bagi menghalang Brexit ni. Wujudnya tempoh peralihan dari 29 Mac 2019 - 31 Disember 2020 bantu segala aktiviti seperti ekonomi dan politik berjalan normal pasca-Brexit.

Dalam proses Brexit yang cacamarba ni, kita kena ambik port juga pasal "soft Brexit" dan "hard Brexit". Ini lah konflik untuk Brexit sebenarnya.

"Soft Brexit" adalah kaedah dicadangkan kepada UK untuk 'kekal bersama' dengan EU dengan perjanjian sedia ada pasca Brexit. Ringkasnya UK bukan lagi ahli EU dan UK masih mempunyai status quo nya, tapi UK akan kekal dalam pasaran bebas Eropah dan jadi ahli Kesatuan Kastam EU. Dalam hal EU jadi ahli Kesatuan Kastam, UK tak akan dapat secara percuma, kerana mereka bukan ahli EU. Jadinya, UK kena buat bayaran; demi mendapat pasaran bebas Eropah. UK juga akan kehilangan tempat dalam Parlimen Eropah.

Berlawanan dengan "soft Brexit" adalah "hard Brexit". UK tidak akan berada dalam pasaran bebas Eropah dan tidak menjadi ahli Kesatuan Kastam. "Hard Brexit" juga akan beri UK kawalan penuh atas sempadan mereka semula. Rakyat UK terpaksa melalui kawalan persempadanan mana-mana negara Eropah. Untuk berdagang dengan negara Eropah lain, UK terpaksa berharap dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memandangkan mereka tiada akses kepada pasaran bebas Eropah.

Hubungan UK-EU akan jadi lebih keruh kerana "hard Brexit" ni. PM Ireland juga mengingatkan kapal terbang UK tidak boleh gunakan ruang udara Ireland. Banyak isu-isu lain boleh dibangkitkan dengan negara bersebelahan UK-EU seperti Ireland Utara dan Gibraltar. Banyak syarikat berpangkalan di UK meyatakan mahu keluar UK jika "hard Brexit" betul berlaku. Yelah, syarikat ni memerlukan akses kepada pasaran bebas. Kalau tak masuk ke pasaran bebas, memang gulung tikar lah.

Melihat kepada situasi politik UK yang tak stabil, "hard Brexit" kemungkinan besar berlaku. UK terpaksa membayar harga yang mahal akibat referendum Jun 2016 tu. Apa boleh buat, rakyat dah ber'suara'.

Adakah Brexit ni akan beri impak negatif kepada negara lain? Itu sudah pasti. Ramai penganalisis dah anggap isu Brexit ni tak akan selesai pada Mac 2019. Tak yah lah pening-pening, ambik popcorn semangkuk dan layan drama Akasia Brexit. 😋😋😋

Wallahualam.

Sumber:

1. BBC News, Brexit, All you need to know about the UK leaving the EU,
https://www.bbc.com/news/uk-politics-32810887

2. Full Fact, The Brexit Timeline, https://fullfact.org/europe/brexit-timeline/

3. Investopedia, Brexit, https://www.investopedia.com/terms/b/brexit.asp

4. Al Jazeera, Brexit: A timeline, https://www.aljazeera.com/news/2019/01/brexit-timeline-190115164043103.html

5. Astro Awani, Theresa May selamat undi tak percaya, http://www.astroawani.com/berita-dunia/theresa-may-selamat-usul-undi-tidak-percaya-196197

6. The Economist, How a soft Brexit differs from a hard one, https://www.economist.com/the-economist-explains/2018/06/25/how-a-soft-brexit-differs-from-a-hard-one

7. Independent, What is the difference between hard and soft Brexit?,
https://www.independent.co.uk/news/uk/politics/brexit-hard-soft-what-is-the-difference-uk-eu-single-market-freedom-movement-theresa-may-a7342591.html

8. My Two Cents [Facebook], Soft Brexit vs Hard Brexit,
https://www.facebook.com/mytwocentsasia/posts/1372075902928066?__tn__=K-R

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama