Eksperimen Katak - Satu Kesedaran


Begini kisahnya bermula. Semua tahu katak ni binatang amfibia. Berdarah sejuk pulak tu. Maksudnya, katak ni akan sesuaikan suhu badan dengan suhu persekitaran dia.

Untuk uji daya tahan katak, saintis dah laksanakan eksperimen ni. Seekor katak diletakkan di dalam sebuah periuk berisi air lalu dipanaskan sedikit demi sedikit.

Seperti dijangka, katak dapat sesuaikan dirinya dengan air suam-suam milo tu. Saintis perhatikan, katak itu tak ubah seperti kanak-kanak yang mandi di kolam air suam tanpa sebarang usaha untuk loloskan diri untuk keluar dari periuk itu. Seronok betul diorang mandi.

Katak itu selesa di dalam periuk itu sehinggalah pada satu tahap, mereka mati direbus dalam periuk itu. Waduh, apa yang tak kena ni? Kenapa dia tak keluar dari periuk 'kematian' dia tu?

Apa yang buatkan mereka kekal di dalam periuk adalah - zon selesa. Mereka berasa selesa dalam periuk tu. Walhal, ia tak sedar air dah capai takat didih dan merebus diorang hidup-hidup. Matilah ia dalam 'mati katak'.

Eksperimen ni adalah 'moment of enlightment' bagi kita semua - yang bergelar manusia.

Sedar ataupun tak, kita sebenarnya sudah cukup selesa dengan keadaan semasa / current state kita. Kita merasakan diri kita sempurna tanpa wujud sebarang kekurangan pada diri kita yang perlu diperbaiki.

Inilah dia ancaman sebenar dalam hidup. Dalam zon selesa, kita akan rasa tiada ancaman. "Betul lah, apa nak ditakutkan?"

Jangan sesekali leka berada di zon selesa kita. Kita akan lemas di zon selesa kita sendiri, seperti katak yang mati direbus di kolam 'mandi' mereka itu.

Wallahualam. 😎😎😎

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama