Hidup Ibarat Kau Sudah Memilikinya, Dan Kau Akan Milikinya!!!

Ramai di antara kita selalu cakap 'nanti' dalam azam, impian dan cita-cita kita. Angan-angan kita. "Satu hari nanti, aku akan bangun awal untuk pergi kerja." "Aku akan menderma ke masjid kalau aku dah kaya nanti." "Aku akan bangun awal kalau aku dah ada kerja nanti." Tapi masalahnya semua azam, impian dengan cita-cita korang ni "samar-samar". Sebab apa?  Korang tak akan jejak impian korang kalau kau cakap 'nanti' ni.
Aku nak tanya korang, bila sebenarnya 'nanti' ni? Esok? Lusa? 10 tahun akan datang? Tuan punya badan pun belum tentu boleh jawab.


Menjadi malang bagi korang yang tunggu musibah dahulu untuk mengubah sikap korang. Tunggu dapat kanser paru-paru dulu, baru lah berhenti hisap rokok. Tunggu putus kaki akibat digeles lori kontena 8 tan, baru lah berhenti merempit. Tunggu tua dulu, baru lah nak bertaubat. "Engkau hidup ke tidak esok hari pun kau tak tahu lagi....."
'Gurau je...' 

Sikap camni memang buruk, takde siapa yang suka pun. Termasuk aku. Sikap camni ibarat pentingkan diri sendiri je.

Rasa nak berubah tu ada tapi masalahnya - perasaan bersalah bersarang kat lubuk hati ni.

Tak payah susah hati, aku akan terangkan cara-cara nak berubah ataupun dalam konteks mudah - move on.

Lupakan Semalam; Hari ini hari yang baharu

Cara ni sememangnya berkesan. Ada satu kata-kata hikmah atau quote yang masyhur dan jadi dialog dalam filem animasi terkenal "Kung Fu Panda" antara Po dan Tuan Oogway;
"Yesterday is history, tomorrow is a mystery but today is a gift.That is why it's called 'present'."
 Move on lah. Jangan terperap kat takuk yang sama. Kita ada kuasa untuk memilih masa depan kita selagi mana kita masih hidup - untuk jadikan masa depan kita lebih cerah atau gelap.
-
Kita selalunya 'terlalu' membayangkan masa depan kita TANPA bertindak. Berharap masa depan yang mengagumkan merangkak sendiri ke arah kita TANPA keluarkan setitik peluh sekalipun; miliki banyak harta mewah dalam sekelip mata dan dapat penghargaan daripada banyak organisasi penting dunia. Memang mustahil untuk dapatkan semua ni kalau korang asyik 'berharap' dan 'berangan' TANPA berusaha.
"Suffer now, so you can be champions tomorrow."

 Cita-Cita Sahaja Tak Mencukupi; Fokuskan Usaha


Cita-cita yang hebat tak akan menjadi KALAU korang buat benda yang menjurus kepada cita-cita korang. Contoh; cita-cita nak jadi pelumba F1 popular, tapi korang masih melepak kat warung dan buang masa kat situ. Ada hasil ke?
-
'Tak payah jawab pun dah tahu.' Sendiri mahu, sendiri usaha lah. Senang. Easy method tapi susah nak buat kan?
-
Bukan nak bagitau yang korang kena kerja keras je. Tak. Minat dan niat korang pun kena betul - mesti menjurus ke cita-cita korang. Kerja keras secara 'umum' takkan bantu korang sepenuhnya. Bayangkan kalau P. Ramlee bekerja keras kat pekerjaan yang dia tak suka dulu, mampu ke dia jadi masyhur macam sekarang?

Tak. Kerjaa keras dan niat mesti seiring supaya kita dapat fokuskan usaha kita selama ni. Takde guna lah kita kerja bagai nak mati tapi hasilnya habuk pun takde. Betul tak?

Ni antara tips yang aku dapat sampaikan kat korang. Harapnya kita dapat miliki apa yang kita impikan selama ni.

Wallahualam.

#banggajadimelayu
#korangbolehbuat
#moveonlah 

Sumber:

1. "Live Like You Already Have It, And You Will"
https://www.goalcast.com/2017/10/06/goals-dreams-live-like-already/

2. http://www.dreamworks.com/kungfupanda/characters

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama