Puisi; Khazanah Melayu Yang Perlu Disanjungi


Puisi; satu keunikan yang memang terserlah bagi orang Melayu dari segi sasteranya. Dewan Bahasa dan Pustaka menakrifkan puisi adalah karangan yang berbentuk sajak. Nak baca lebih lanjut, kelik http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=puisi

-
Ada banyak lagi seni orang Melayu selain daipada sajak ni - pantun,seloka,gurindam,syair. Yang ni korang carilah sendiri. Artikel ni aku nak fokus kat puisi je, ok?

Orang Melayu menyimpan khazanah ilmu mereka dalam puisi. Mereka yang bijak pandai berjiwa halus menyimpannya dalam kata-kata berseni - senang diingati dengan santai dan lebih mudah!!


Buah langsat kuning mencelah;
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah;
Tanduk tidak berguna lagi.

Puisi mesti diangkat dan diperjuangkan pada zaman ni. Walau disampaikan oleh pendendang bersuara lunak sekalipun, rangkapnya mesti tegas dan mengangkat suara manusia lain keseluruhannya!
 ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š



Usman Awang, antara sasterawan negara yang aku kagum. Susunan ayat ngan maksudnya memang ngam habis!! Ni dia puisi Melayu, karangan Usman Awang yang boleh kita hayati....



Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tetap terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan diperut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat 
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau 
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski kini memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Manikam dangan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu tidak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami lapar pulang tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu
Jangan takut melanggar pantang 
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi Tuan di negara Merdeka

Usman Awang ~


Puisi tak semestinya menceritakan situasi pada zaman dulu, boleh gak digunakan untuk ceritakan pada zaman sekarang.

Sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Puisi Sedunia!!!


Wallahualam.

#selamatharipuisisedunia
#melayu
#hidupkanjawi

Sumber: 
1. "Puisi-puisi Usman Awang"
http://mimbarkata.blogspot.my/2013/05/puisi-puisi-usman-awang.html

2. "Syair Melayu Nusantara dan ungkapan keperitan zaman"
https://www.malaysiakini.com/hiburan/356931

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama