Semua orang tak terlepas daripada buat kesalahan; tak kira sama ada kau kaya atau miskin, pandai atau sebaliknya. Menegur ni pulak jatuh dalam salah satu cabang dakwah. Untuk menegakkan amar makruf nahi munkar, salah satu cara yang korang boleh lakukan ialah menegur.
Cubalahh!!!
😇
-
Banyak aspek yang mesti diambilkira sebelum kita menegur seseorang tu.
Nak menegur pun mesti ada ilmunya, tahu?!
Nak menegur pun mesti ada ilmunya, tahu?!
1. Tujuan Menegur
Ni antara elemen yang mesti korang titikberatkan.
Apa niat dan tujuan sebenar korang tegur seseorang tu?
Adakah kita menegur untuk menjadikan sesuatu keadaan itu menjadi lebih baik; atau untuk memelihara kepentingan diri sendiri; atau untuk membidas seseorang itu demi memalukannya?
-
Ikhlaskan niat kita. Kita menegur bukan untuk merendahkan maruah sang pesalah; sebab manusia tak sempurna.
Kita menegur untuk memperbaiki akhlak ummah.
2. Tegas Dalam Santun
Kesantunan dalam teguran itu perlu - untuk memastikan sang pesalah menerima isi teguran kita.
Santun dalam teguran menyerlahkan adab yang diterapkan dalam ajaran Islam kepada umat-Nya. So, hati sang pesalah menjadi lebih terbuka untuk menerima sesebuah teguran itu.
Walaubagaimanapun, mesti ada ketegasan dalam teguran tu. Sang penegur mesti menegaskan perkara yang salah. Salah tetap salah.
Ingat, tegas tak bermaksud menengking atau memarahi sang pesalah.
3. Fokus Kepada Kesalahan Tersebut
Penegur mesti fokus kepada kesalahan sang pesalah pada masa tu, dan bukannya masa lepas. Megungkit kesalahannya pada masa lepas boleh dianggap sebagai grave matter.
-
Membuka aib sang pesalah sememangnya tindakan yang tak rasional dan tak bertanggungjawab. Tu bukan cara menegur yang diajar oleh Rasulullah.
Sang penegur mesti fokus untuk mengubah sikap sang pesalah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya.
Fahammm???
4. Teguran Bersifat Umum
Teguran tak semestinya dilakukan individual, face-to-face. Boleh jugak dibuat secara umum; diuar-uarkan melalui perhimpunan dan media.
Teguran ni tak merujuk mana-mana pihak. Sesetengah individu akan 'sentap' dengan teguran umum tu.
-
"Siapa makan cili, dia terasa pedasnya."
Inilah bonusnya kalau kita guna teguran konsep serkap jarang ni.
Cubalahh!!!
😇
5. Tak Merendahkan Sang Pesalah
Kita sepatutnya menegur, bukan menghina...
Siapa kita untuk merendah-rendahkan martabat sang pesalah?
-
"Benda kecil macam ni tak payah dibesar-besarkan le...."
Menegur lah dengan penuh hikmah. Ingat tujuan asal kita, untuk membantu pesalah kembali ke pangkal jalan... Faham??
Semua orang layak menegur SERTA ditegur.
Pangkat tak menentukan sama ada kau boleh ditegur atau tak. Kita semua sama tinggi sama rendah kat Padang Mahsyar nanti. Yang bezanya cuma amalan kita SAHAJA.
Terimalah teguran tu dengan hati yang terbuka, jangan menengking penegur tu balik.
Wallahualam.
Sumber:
"Cara Menegur Kesalahan"
http://islamic.utm.my/bushrah/2015/12/08/cara-menegur-kesalahan/
"Menegur Secara Berhikmah"
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Tags:
Santai