Wanita Pada Perspektif Islam : Diangkat atau Disisih?


Islam sentiasa menjadi bahan ejekan oleh manusia-manusia yang 'tak berakal' kerana 'menyisihkan' hak-hak wanita. Mereka melalak sebab Islam menghalang wanita membuka aurat mereka kepada bukan mahram dan banyak sebab lagi yang memang tak masuk akal. Tergelak pulak bila baca...

😆😆😆

Member aku pernah kata - bodoh tu simpan sikit!!!
"Hahahaha.... Terasa ke??"

Kalau betullah nak bandingkan tentang hak wanita, kajilah hak wanita SEBELUM datangnya Islam. Wanita menjadi mangsa diskriminasi yang paling teruk dalam sejarah manusia. BUKAN  cakap kosong, tapi FAKTA!! Ni dia antara budaya pelik sebelum kedatangan Islam:

Arab Jahiliyah

  1. Wanita tak ada hak bersuara, semuanya dari lelaki.
  2. Suami boleh menyuruh isterinya menggauli suami lain.
  3. Mereka dijadikan hamba seks dan boleh menggauli dangan semua cara; dalam bahasa mudah - semua dia hentam.
  4. Pihak yang bertaruh teka jantina bayi hamba wanita mengandung akan memijak dan membelah perut wanita itu untuk mengetahui jawapan; Seriusss lahh!

Yunani

  1. Mereka percaya wanita ialah sumber penyakit dan bencana.
  2. Meeka memandang wanita sebagai makhluk yang rendah.
  3. Penzina wanita dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi.
  4. Lelaki boleh memiliki wanita tanpa ikatan perkahwinan yang sah sekalipun. 😱😱😱

India

  1. Mereka percaya wanita ialah sumber dosa, tempat kerosakan jiwa dan lain-lain.
  2. Wanita tak boleh memiliki harta dan hak waris.
  3. Setiap wanita mesti dibakar hidup-hidup bersama mayat suami dia.... 
💢
Pendek kata - wanita lebih HINA daripada binatang!!!

Kesungguhan Nabi Muhammad S.A.W. meyebarkan Islam ke serata dunia ni sememangnya mengubah tanggapan manusia terhadap wanita. Dunia yang kelam kini mula bercahaya sekali lagi. Hukum-hukum Allah mengangkat hak wanita sejak 1400 tahun yang lalu, ni antaranya;

  1. Peranan lelaki dan wanita sama dalam beribadat; dan wanita diberi kelonggaran atas sebab-sebab tertentu.
  2. Wanita boleh mempunyai dan menguruskan hartanya tanpa dipaksa oleh pihak lain.
  3. Tak boleh menduburi isteri.
  4. Syurga di bawah telapak kaki ibu; ditekankan oleh Nabi sebanyak tiga kali!!
  5. Mesti dahulukan panggilan mak dahulu, barulah ayah.
  6. Haram membunuh bayi; salah jika anggap anak perempuan tanda sial.
  7. Wanita mempunyai hak untuk dihormati dan menerima layanan yang baik.
  8. Wanita Islam diberi hak mengekalkan namanya selepas kahwin.
  9. Wanita yang melahirkan anak menerima pahala mati syahid.
  10. Tak boleh memukul wanita sewenang-wenangnya.
  11. Boleh bermesra dengan isteri semasa haid tetapi tetap HARAM bersetubuh.
  12. Wanita diberi hak dalam pendidikan.
Dan lain-lain....
👍👍👍👍👍

Tamadun Islam mengangkat martabat wanita di kala tamadun lain di dunia ni menindas mereka. Islam melalui hukum-Nya memelihara hak dan wanita itu sendiri. Nampak??

Manfaat yang diterima muslimah telah dirasai daripada hukum-Nya sejak 1400 tahun lalu. Banyak hak wanita diterima pakai kebanyakan negara di seluruh dunia.

Ucapan aku untuk pembaca sekalian walaupun agak lambat gak; Selamat Hari Wanita Sedunia....

Soalan terakhir untuk korang; adakah wanita diangkat atau disisih dalam Islam?
Fikir-fikirkan le....
😇

Wallahualam.

Sumber:

"Datangnya Islam Mengangkat Martabat Wanita!"

"Kedudukan Wanita Sebelum Islam"

"Beginilah kedudukan Perempuan Sebelum Kedatangan Islam"

"Hak-Hak Wanita Dalam Islam"

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama