Revolusi Industri 4.0 Dah Pun Bermula; Bagus Atau Sebaliknya?

Kemajuan teknologi yang kita ada sekarang memang jauh berbeza kalau kita nak bandingkan dengan zaman dahulu. Dari telefon, televisyen, perabot rumah dan kenderaan yang kita guna setiap hari, semuanya dah berevolusi secara berperingkat. Dan evolusi ni akan sentiasa berterusan tanpa henti - untuk bantu kehidupan manusia jadi lebih senang dan memudahkan urusan manusia tu sendiri.

Sedar tak sedar, kita sebenarnya dah masuk fasa Revolusi Industri 4.0 atau Revolusi Industri Keempat.'Eh, dah sampai empat? Bukan cuma ada satu je ke - yang kat buku sejarah tu? Aaaaahhh... Ni semua Yahudi punya pasal lah!!!' Sabar. Benda boleh bincang. Sini aku terangkan.'Hahaha.... Yahudi pun disalahkan jugak tak pasal-pasal.'


Fasa-Fasa Revolusi Industri

  1. Revolusi Industri 1 (1784) - kuasa wap
  2. Revolusi Industri 2 (1870) - kuasa elektrik
  3. Revolusi Industri 3 (1969) - IT
  4. Revolusi Industri 4 (2017) - Penggunaan data secara globalisasi
Revolusi Industri 4.0 ni sebenarnya merujuk kepada kilang-kilang pintar di mana mesin dihubungkan dengan capaian sesawang kepada sistem yang boleh menggambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri. Ia jugak mewakili gabungan sistem sistem siber-fizikal, Internet of Things (IoT) dan Internet Sistem.

Gempak kan?

Antara contoh Revolusi Industri 4.0
1. Bandaraya Pintar
2. Artificial Intelligence (AI)
3. Robotik
4. Percetakan 3 Dimensi (3D)
5. Nanoteknologi
6. Bioteknologi
7. Genetik
8. Inovasi Pertanian

Revolusi Industri kali ni memang bawa banyak manfaat kepada manusia dan rakyat Malaysia amnya. Ni fakta. Bukan cakap kosong. Serius ni.

Setiap revolusi camni mesti ada dia punya kelebihan & kekurangan, pro-contra. Jadi, jangan cepat sangat mengandaikan yang bukan-bukan.

Nak tak nak kena lah perbaharui dan update ilmu korang tu. Kalau tidak, memang susah le korang nak teruskan hidup korang nanti.

Wallahualam.

Bacaan lanjut:
1. "Revolusi Industri 4.0"
http://www.market-demon.com/2018/02/revolusi-industri-40.html

2. "Revolusi Perindustrian 4.0; Bersediakah Kita?"
http://www.sinarharian.com.my/nasional/revolusi-perindustrian-4-0-bersediakah-kita-1.687864

3. "Revolusi Industri 4.0 - Adakah Robot AI Akan Ambil Alih?"
https://otakit.my/revolusi-industri-4-0-adakah-robot-ai-akan-ambil-alih/

4. "Revolusi Perindustrian 4.0: Apakah Kesan Dan Maksudnya"
http://majalah.me/revolusi-perindustrian-keempat-apakah-maksud-dan-kesannya

5. "Uber : Mangsa Terbaru Revolusi Industri 4.0"
https://www.thepatriots.asia/uber-mangsa-terbaru-revolusi-industri-4-0/

6. "Bersedia Atau Tidak Menghadapi Industri 4.0"
mergma.com/2017/07/21/bersedia-atau-tidak-menghadapi-industri-4-0/

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama