Mempunyai kewangan yang stabil adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan. Dengan kewangan yang stabil, seseorang itu pasti lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang mencemaskan pada masa akan datang.
Ingat! Wang memang tak akan pernah cukup kalau tak diuruskan dengan betul. Jadi kita semua MESTI kena faham konsep 'keperluan' dan 'kehendak ' dengan lebih mantap dan mendalam spy kita semua boleh mengurus wang kita dengan lebih sistematik dan teratur.
Tips-tips yang bakal dikongsikan ni pastinya boleh menjadi garis panduan kepada korang untuk menguruskan kewangan korang dengan bijak dan berhemah.
😊
Ingat! Wang memang tak akan pernah cukup kalau tak diuruskan dengan betul. Jadi kita semua MESTI kena faham konsep 'keperluan' dan 'kehendak ' dengan lebih mantap dan mendalam spy kita semua boleh mengurus wang kita dengan lebih sistematik dan teratur.
Tips-tips yang bakal dikongsikan ni pastinya boleh menjadi garis panduan kepada korang untuk menguruskan kewangan korang dengan bijak dan berhemah.
😊
1. Membeli ikut keperluan
'Keperluan' dan 'kehendak' adalah dua perkataan yang membawa maksud yang amat berbeza.
Sebagai contoh, sorang insan yang hanya bergaji pokok sebanyak RM 1800 ber'keperluan' kereta berjenama Proton Iswara namun ber'kemahuan' kereta berjenama Honda Accord.
Nampak tak bezanya?
Kedua-duanya adalah kereta, digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, tapi apa yang membezakannya?
Haa, cuba fikir dan selami ayat itu!
-
Ukurlah baju di badan sendiri, janganlah sesekali memberanikan diri untuk jadi hamba hutang semata-mata untuk memenuhi kehendak sendiri.
2. Elakkan pinjaman peribadi
Zaman kini, pinjaman peribadi adalah salah satu agen pemusnah berjaya yang telah menggugat keharmonian sesebuah keluarga yang bahagia..
Tak percaya??
Analoginya begini.. seseorang itu mempunyai sejumlah amaun yang hanya "cukup-cukup" sahaja dalam banknya tetapi ingin mengadakan perkahwinan yang glamor dan mewah, sudah tentu ia menjadi sedikit beban kepadanya lantaran wang yang tidak mencukupi..
NAMUN atas kekuatan kemahuan yang lebih tinggi, tidak mustahil seseorang akan membuat pinjaman peribadi SEMATA-MATA untuk membiayai kos perkahwinannya.. Kesannya seseorang itu telah berjaya membawa kesan hutang yang derita ke dalam alam perkahwinan yang penuh bahagia.
Apa guna menjadi Raja Sehari tapi setelah itu menjadi Kuli Hutang??
Betul tak??
3. Menyimpanlah Setiap Hari
Setiap hari kita mestilah CUBA untuk menabung walaupun hanya 10 sen..
"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"
Mesti rata-rata tahu pasal peribahasa ni kan sebab kita sering gunakan sewaktu di zaman persekolahan..
Jadi kita haruslah mempraktikkan amalan ni biarpun agak susah pada permulaannya. Belum cuba belum tau.
"Change is hard at the beginning, messy at the middle but gorgeous at the end."Lagi satu, jangan lupa untuk praktikkan sekali amalan ini dalam kalangan generasi muda sejak kecil!!
4. Sumber Pendapatan Kedua
Tak salah kalau kita hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja, tetapi bukankah sumber pendapatan kedua ni membantu kewangan korang?
-
Mestilah, dan hasil daripada sumber pendapatan kedua ni memberi 'bantuan' ataupun escape plan terutama semasa korang menghadapi waktu genting... Ingat, malang tak berbau!
Tapi, kerja apa yang sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan kedua?
-
Banyak! Nak jadi ejen, buat dropship, buat grab dan macam-macam lagi.
5. Elakkan bisnes bermusim
Bila orang jual produk A, kita ikut jual produk A. Bila orang jual produk B, Kita pun ikut jual produk B.
SALAHHHHH!!!! Jangan ikut bisnes bermusim camni.
-
Permintaan pengguna berubah dari semasa ke semasa.
Ramai usahawan gulung tikar akibat buat bisnes bermusim. Fokus pada bisnes sedia ada dan kukuhkan ia sebelum korang kembangkan skop bisnes korang.
Taknak alami nasib malang bisnes tak laku?
Elakkan bisnes bermusim.
Elakkan bisnes bermusim.
6. Kawal nafsu berbelanja
Kawal nafsu korang untuk berbelanja. Mentang-mentang ada sale 'Buy 3 Free 1', habis semua kau sebat.
Hahaha.
Hahaha.
Korang WAJIB kenalpasti barangan dalam kategori 'keperluan' dan 'kemahuan'. Bukan apa, korang mesti kawal pengeluaran duit korang. Terlebih keluar, menangis tak berlagu lahhh jawabnya.
Endingnya.. habis pupus gaji korang bulan tu!!
Endingnya.. habis pupus gaji korang bulan tu!!
Ingat!! Kawallah nafsu berbelanja SEMAMPUNYA..
7. Wajibkan simpanan
Korang mesti simpan sekurang-kurangnya 20% daripada gaji korang ke dalam akaun simpanan. Masa tu memang tak nampak amaunnya besar mana, tapi jumlahnya dalam tahun-tahun akan datang memang memuaskan!!
Tip-top resultnya. Tak percaya?? Trylaa
Tip-top resultnya. Tak percaya?? Trylaa
Apa yang penting dekat tips ni? ISTIQAMAH. Duit yang korang simpan tetap bernilai walaupun hanya RM1.
-
Jangan jadi 'hangat-hangat tahi ayam' je. Kalau tak, memang tak kemana laa jumlah akaun simpanan korang.
-
Jangan jadi 'hangat-hangat tahi ayam' je. Kalau tak, memang tak kemana laa jumlah akaun simpanan korang.
8. Elakkan berhutang
Hutang dalam syariat Islam hukumnya harus, tetapi ia berubah ikut situasi yang dihadapi seseorang. Jangan dek kerana korang berkenan dekat motor berjenama Kawasaki Ninja sebijik, korang sanggup berhutang sedangkan motor tu bukannya berstatus 'keperluan'.
Fikirlah kesan jangka masa panjang, bukannya PENDEK!!!
-
Yang bakal merana tak lain tak bukan korang gak.....
Tak gitu?
-
Yang bakal merana tak lain tak bukan korang gak.....
Tak gitu?
9. Dapatkan Nasihat Daripada Pakar
Mintaklah nasihat daripada pakar-pakar kewangan. Kalau korang minat melabur, boleh jugak. Ada banyak institusi pelaburan dan simpanan.
-
Jangan putus asa walaupun korang masih dekat tahap permulaan.
Kalau korang boleh buat tips-tips ni, korang boleh uruskan kewangan korang jadi lebih elok dan fresh daripada sebelumnya.
Memanglah duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.
Korang mampu bina masa depan yang cerah. Korang mampu mengubahnya.
Pilihan kat tangan korang.
Wallahualam.
Sumber:
"11 tips pengurusan kewangan peribadi yang korang perlu tahu."
"10 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi."