Ikon Muslim Baharu Di Pentas UFC, Khabib


Sukan UFC ( Ultimate Fighting Championship ) dikejutkan dengan kemenangan oleh seorang peninju bernama Khabib Nurmagedov. Beliau berjaya mengalahkan Conor McGregor dengan skor 27-0. Kemenangan beliau merupakan pemenang Muslim dan Russia pertama dalam sejarah UFC. Wow!

Siapa beliau ni? Nama penuh ialah Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov. Dilahirkan pada tarikh 20 Oktober 1988 di Dagestan, Russia. Beliau beragama Islam dan berbangga dengan fakta itu. Sekarang berusia 30 tahun, dan masih aktif dalam seni UFC ni.

Kenapa nama beliau disebut-sebut orang ramai? Bukankah ni cuma satu perlawanan biasa? Apa yang menariknya dengan perlawanan ni?
-
Begini kisahnya.

Sikap McGregor ni, dia suka lakukan provokasi terhadap lawan. Masalah sekarang ni, beliau provokasi lawan dari segi agama, negara dan keluarga. McGregor kata Khabib ni ekstrimis, pengganas dan hulur arak kat Khabib. Kalau berlaku kat orang biasa ni, McGregor dah kena bantai berjemaah.

Khabib masih boleh sabar.

Pertarungan di T-Mobile Arena, Las Vegas menjadi kejohanan terbesar di sejarah UFC dan mencatat keuntungan USD 2 juta dalam tontonan 'pay-per-view'. Tiba di gelanggang, mereka bertarung. Khabib mendominasi perlawanan dan Mcgregor tak ubah ibarat cili ditumbuk di batu lesung mak kita. Auch!

Kekecohan berlaku sebab Khabib serang krew McGregor lepas perlawanan tu. Ramai berkerumun untuk leraikan Khabib dengan krew-kew McGregor tu.

Yang menakjubnya, tak lekang beliau ucap 'Alhamdulillah'. Beliau bersyukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan dari-Nya tu.

Apa yang boleh kita ambil iktibar dari perlawanan tumpuan dunia ni, jangan sesekali buat provokasi dekat perkara sensitif seseorang. Antara benda paling sensitif dan buat ramai orang mudah triggered - agama.

Memang sesuai McGregor dilenyek jadi McChicken. Bak kata orang putih, taste your own medicine. Biar dia merasa apa akibatnya daripada lidah longkang beliau.

Ramai berbangga dengan kemenangan beliau, terutamanya Muslim. Sekurang-kurangnya, maruah umat Islam masih dipelihara dan dijaga. Bayangkan kalau McGregor menang. Habis maruah Islam dihina begitu aje.

Tak perlu kita berdebat sama ada beliau beraliran tarekat mahupun mazhab tertentu. Beliau seorang peninju Muslim yang berjaya memelihara maruah agamanya, dan mengajar lawannya akibat daripada mulut celuparnya. Bukankah ini satu lagi pengajaran berguna bagi kita?

Jadilah kita seperti beliau, bangkit membela dan mengangkat maruah agamanya yang dihina lawan.

Wallahualam.

Sumber
1. The Guardian [2018], Khabib Nurmagomedov ditches UFC 229 presser rather than wait for McGregor,  https://www.theguardian.com/sport/2018/oct/04/conor-mcgregor-late-ufc-229-khabib-nurmagomedov

2. The Patriots [2018], Khabib Nurmagomedov - Jaguh UFC Mencintai Agama, https://www.thepatriots.asia/khabib-nurmagomedov-jaguh-ufc-yang-mencintai-agama/

3. Astro Awani [2018], MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229, http://www.astroawani.com/berita-sukan/mma-khabib-tundukkan-mcgregor-mengamuk-di-ufc-229-187594

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama