BTS : Fenomena Muzik Global

"BTS!!!"

Teriak seorang peminat yang memang minat betul dengan kumpulan ni. Kalau tengok trend  muzik dekat dunia ni, memang BTS jadi pilihan nombor satu.. Diorang ni dah menjadi artis terkenal dunia dengan banyak lagu hit mereka seperti Fire, Save ME, Fake Love dan Idol. (Banyak je lagi lagu hit diorang ni, tapi korang search lah sendiri ya). Tapi untuk permulaan bagi noobies, siapa BTS ni sebenarnya?

BTS, ataupun nama sebenarnya ialah 방탄소년단/ Bangtan Sonyeondan adalah sebuah kumpulan K-Pop yang terkenal ketika ni dan bernaung di bawah syarikat Big Hit Entertainment. Dianggotai oleh tujuh ahli iaitu Kim Nam Joon (RM), Kim Seok Jin (Jin), Min Yoon Gi (Suga), Jeong Ho Seok (J-Hope), Park Ji Min (Jimin), Kim Tae Hyung (V) dan Jeon Jung Kook (Jung Kook). Kumpulan ni bertunjangkan dengan 3 rapper dan 4 vokalis. Kumpulan ni mula melakukan debut pada Jun 2013 dengan lagu "No More Dream" dengan album "2 Cool 4 Skool".



Era permulaan bagi mereka sememangnya muram dan duka buat mereka, tambahan lagi mereka di bawah syarikat kecil dan tidak dikenali oleh netizen ketika itu. Lagu mereka jarang dimainkan di corong radio. Bukan itu sahaja, mereka menerima banyak kritikan dan pandangan serong netizen ketika itu. Ramai wargamaya jangka bahawa BTS akan dibubarkan dalam masa terdekat. Sama ada mereka suka atau tidak, BTS terpaksa menghadap banyak kritikan daripada pelbagai pihak dan percaya dengan impian mereka.

Mereka mendapat kemenangan pertama menerusi lagu "I Need U" pada 5 Mei 2016 di The Show. Kemenangan ni sangat bermakna buat mereka, lagi-lagi bagi sebuah kumpulan yang baru nak meningkat naik. Mereka jadikan tarikh kemenangan itu sebagai satu tarikh kenangan bagi mereka kekal aktif di bidang muzik ni. Sejak itu, mereka aktif menghasilkan lagu-lagu dan kian popular dari kalangan idol sehingga kini. Fenomena daripada BTS ini menjadikan mereka bintang antarabangsa (baca : international superstar) ketika ni.



Banyak faktor menyumbang kepada kemahsyuran diorang sekarang ni. Untuk pengetahuan korang, ahli BTS sendiri akan terlibat dalam penghasilan lagu mereka sendiri. Jadi, mereka dapat menyumbang kepada lagu mereka dan menjadikan BTS sebuah kumpulan yang mampu membuat lagu hit sendiri. Tak pelik lah BTS sentiasa aktif dalam bidang muzik.

Bukan itu sahaja, kumpulan BTS ini sangat sayang dengan kumpulan peminat mereka, ARMY. Setiap kali mereka menang sesebuah anugerah, mereka akan mengucapkan terima kasih kepada ARMY dahulu. Bukan senang kita nak lihat mana-mana artis yang ambil berat dengan kumpulan peminatnya. BTS dapat bangkit ke puncak kejayaan hari ini semuanya dek kerana sokongan padu peminat mereka.

Setelah menjalani hidup sebagai kumpulan K-Pop - lebih-lebih lagi sebagai idol, kehidupan mereka semestinya sukar. Mereka sering bercerita keperitan hidup sebagai seorang idol yang memerlukan latihan tarian dan vokal yang ekstrim. Mereka selalu menghabiskan banyak masa di bilik latihan untuk memperbaiki tarian dan vokal mereka. Masa terluang mereka dihabiskan macam tu sahaja.  

Mereka jadi berjaya dengan mengejar impian mereka sendiri. Mereka tak berpatah balik daripada mengejar impian mereka ni. Walaupun mereka dicemuh netizen dan media, mereka kekal teguh dalam kumpulan BTS tu sendiri. 

Mereka berjaya mengejar impian mereka dengan usaha keras mereka. Malah, mereka mengajak peminat mereka untuk mengejar impian mereka sendiri.

Kita pula, bagaimana? Usaha lah sebaik mungkin, ta mustahil impian kita jadi nyata.

Buang lah yang keruh, ambil lah yang jernih.

Wallahualam.

*Ini BTS - Idol Official MV. Siapa-siapa nak layan video ni sekejap, dipersilakan.


* Ini pulak lagu terbaharu BTS - Boys With Luv. Sila...layan.

Sumber:

1. FLOWERKOOKIE [2018], SEJARAH BTS X ARMY, 
http://flowerkookie.blogspot.com/2018/01/sejarah-bts-dan-army.html

2. Vox [2018], BTS, the band that changed K-Pop explained,
 https://www.vox.com/culture/2018/6/13/17426350/bts-history-members-explained

3. ET [2017], BTS: Everything you need to know about the K-Pop band ready to take over the world, https://www.etonline.com/bts-everything-you-need-know-about-k-pop-boy-band-ready-take-over-world-87709

4. Koreaboo [2015], BTS grabs their first win on SBS MTV's "The Show",
 https://www.koreaboo.com/uncategorized/bts-grabs-their-first-win-for-i-need-u-on-sbs-mtvs-the-show/

5. Para peminat K-Pop dari belah kawan, adik dan sahabat handai sekalian.

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama