ECRL - Teruskan Atau Batalkan?

Kredit, SPAD
ECRL bukan projek 'mentah'. Ini fakta.
Ini bukan projek yang dibuat saja-saja tanpa anggap sebarang hasil. Banyak manfaat yang dapat diraih oleh kita - rakyat Malaysia.

Sebelum kita bergaduh sama ada projek ni patut diteruskan atau tak, (aku) ada satu soalan - apa tu ECRL ni sebenarnya? Apa guna kita bertegang urat pasal ECRL ni tapi satu apa pun kita tak tahu.

ECRL merujuk kepada Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur/ East Coast Railway Link (ECRL). Laluan sepanjang 688 km menghubungkan Lembah Klang di Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan. ECRL ni akan menghubungkan bandar utama sepeti Pelabuhan Klang, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Tumpat.

Projek ni menelan kos sebanyak RM55 billion ringgit. Anggaran ECRL ni untuk siap dalam tahun 2024. Operasi ECRL ini mengikut nisbah pengangkutan adalah 30 peratus penumpang dan 70 peratus kargo. Dianggarkan perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu hanya empat jam sahaja.

Kontraktor utama ECRL ialah Syarikat China Communications Construction Sdn Bhd (CCCC).

ECRL dijangka mencetus pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Manfaat dari ECRL ni;
1. Bantu meningkatkan ekonomi di bandar kecil seperti Jerantut, Cherating dan Bentong.
2. Menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi di pantai timur dan barat.
3. Merancakkan industri perlancongan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
4. Mewujudkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan!

dan lain-lain.

Ok.

Tapi apa masalahnya sebenarnya? Kenapa nak dirumitkan projek yang sudah terhidang di depan mata?

Bila kerajaan baharu mengambilalih Putrajaya pasca PRU14, kenyataan Perdana Menteri tentang status terkini ECRL adalah berdolak-dalih. Kadang batal, kadang tangguh, kadang teruskan. Siapa je yang tak mengamuk?

Projek ni sepatutnya diteruskan demi kesenangan rakyat. Kenapa mesti ragu-ragu dengan hasil yang telah dikaji dari projek ni?

Bab harga tiket, dianggarkan tak semahal yang dijangka. Sebab apa? 70 peratus dari penggunaan ECRL ni adalah kargo. Jadi, harga tiket penumpang dapat dikurangkan dan menawarkan harga tiket yang jauh lebih murah. Untung penumpang yang naik ECRL ni sebenarnya!

Ada juga yang kata hasilnya tak balik modal lah, hutang ditanggung anak bangsa nanti. Aduhai.

Suka diingatkan, tujuan utama projek ini dilancarkan untuk rakyat. Ini bukan benda baharu.
Sejak bila cas RM1 dekat Hospital kerajaan dapat balik modal? Gaji doktor dengan jururawat tu, cukup kah dibayar hasil wang RM1 kauorang tu? KLIA, LRT tu dah balik modal belum?

Dalam bab ni, kerajaan memang tak megharapkan keuntungan pun. Merka berusaha sediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat - demi keselesaan anak bangsa.

Fikir betul-betul. Jangan melalak tanpa sebab yang kukuh.

Selat Melaka adalah selat tersibuk di dunia dengan laluan trafik kapal yang sangat sesak, lebih 80 peratus perdagangan maritim dunia melaluinya. Siapa paling untung dalam laluan Selat Melaka? Singapura!

ECRL ni sebenarnya dapat menghapuskan dominasi Singapura. Sampai bila kita nak melopong, tercangak tanpa buat apa-apa? Inilah peluang keemasan kita sebenarnya, buktikan bahawa Malaysia juga kuasa perdagangan maritim dunia.

Negara maju seperti Korea Selatan, Jerman dan Jepun pun memperkasakan pengangkutan awam diorang sampai rakyat diorang tak risau (sangat) pun kalau takde kereta sendiri. Dahlah harga untuk pengangkutan awam murah, efisien pulak tu.

Jadi, meneruskan ECRL adalah langkah yang betul dan wajar diteruskan oleh kerajaan.

Sekali lagi (aku) tegaskan, mohon diteruskan ECRL ni.

Wallahualam.

Sumber:

1. Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)
http://www.spad.gov.my/ms/pengangkutan-awam-darat/projek-akan-datang/projek-landasan-keretapi-pantai-timur-ecrl

2. Projek ECRL, Permata Baru di Pantai Timur?
https://www.kakiproperty.com/projek-ecrlpermata-baru-bersinar-di-pantai-timur/

3. Kaji Selidik Pasaran bagi Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)
http://www.spad.gov.my/ms/e-buletin/kaji-selidik-pasaran-bagi-projek-laluan-kereta-api-pantai-timur-ecrl

4. Manfaat Projek ECRL Kepada Malaysia
https://toodia.my/2017/08/25/manfaat-projek-ecrl-kepada-rakyat-malaysia/

5. ECRL dan Sejarah Pajang Perdagangan Tanah Melayu dan China
http://afzanyusuf.com/2018/04/17/ecrl-dan-sejarah-panjang-perdagangan-tanah-melayu-dengan-china/

6. Membetulkan Mitos Mengenai ECRL
https://www.thepatriots.asia/membetulkan-mitos-tentang-erl/

7. ECRL
https://www.najibrazak.com/bm/infrarakyat/ecrl/

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama