Ini dia soalan cepumas. Apa tu - austerity?
-
Austerity merujuk kepada langkah penjimatan. Kerajaan akan mengurangkan bajet mereka dalam sektor tertentu untuk berjimat. Fokusnya adalah menurunkan defisit dan mengurangkan hutang.
Sejak bila sebenarnya austerity ni mula digunapakai?
Dapat dijejak sejak 2007 di United Kingdom yang mula melaksanakan austerity dek kerana krisis ekonomi global atau lebih dikenali dengan nama - The Great Recession.
UK ketika tu yang diperintah Gabungan Parti Konservatif dan Liberal Demokrat telah mengurangkan bajet mereka untuk mengawal ekonomi negara. Sebagai contoh, kerajaan telah memotong pelaburan rumah mampu milik sebanyak 60% dan pengurangan perbelanjaan di Jabatan Kerja dan Pencen sebanyak £500 juta setahun. Mereka akhiri langkah austerity di UK pada tahun 2015-16.
Di sini soalan biasanya timbul, betul ke austerity mampu pulihkan semula ekonomi negara?
Jawapannya adalah - tidak.
Ehh, kenapa pulak? Bukan kah kalau berjimat ni dapat kurangkan hutang dan tingkatkan ekonomi?
Baca dulu.
Pertama, mesti dihadam sebenar-benarnya bahawa hutang negara tak sama dengan hutang isi rumah. Benar, kita kena berjimat kalau kita dah banyak berhutang dengan ramai orang. Tapi hal ni berlawanan dengan kerajaan. Lagipun, dasar penjimatan sebenarnya bukan jalan penyelasaian sesebuah krisis ekonomi.
Austerity ni takkan berjaya kerana jika kerajaan mula berjimat, pendapatan swasta juga akan menguncup. Prinsip dia lebih kurang macam ni lah, hutang kerajaan, pendapatan swasta. Bila pendapatan swasta menguncup, ramai pekerja akan dibuang kerja. Kesan domino sebegini tak dapat dielakkan kalau kerajaan terus mengamalkan dasar penjimatan.
Kesimpulannya? Kerajaan mesti berbelanja lebih untuk keluarkan ekonomi negara tersebut dari sesebuah krisis. Contohnya, DS Najib, Perdana Menteri Malaysia ke-6 telah menyuntik RM60 billion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi kedua. Hasilnya, Malaysia adalah antara negara terawal keluar daripada krisis ekonomi dunia 2008 tu.
Wallahualam.
Sumber:
1. Financial Times [2017]. Austerity measure definition, http://lexicon.ft.com/Term?term=austerity-measure
2. Routes To Finances [2018], Austerity Measures: Definisi, Contoh, Apakah Mereka Bekerja, https://id.routestofinance.com/austerity-measures-definition-examples-do-they-work
3. The New York Times[2018], In Britain, Austerity Is Changing Everything, https://www.nytimes.com/2018/05/28/world/europe/uk-austerity-poverty.html
4. Investopedia [2018], The Great Recession, https://www.investopedia.com/terms/g/great-recession.asp
5. History [2018], Great Recession, https://www.history.com/topics/21st-century/recession
6. Metro [2017], What is austerity and what does it mean in UK politics, https://metro.co.uk/2017/06/28/what-is-austerity-6740771/
7. MStar[2009], Suntik RM60 billion, Najib ajak Pakatan bantu pulihkan ekonomi, http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/03/11/suntik-rm60-bilion-najib-ajak-pakatan-bantu-pulihkan-ekonomi/