Medan Perang


Terduduk ku sendiri,
Menghadapi ujian ini bersendirian,
Hanya berbekal alat tulisan,
Ilmu disemat dalam fikiran,
Tidak ku takut,
Tempuhi cabaran.

Tidak pernah mudah menjawab ujian,
Diberi soalan sukar, buntu fikiran,
Ku lihat kiri dan kanan,
Suasana dewan peperiksaan ibarat lautan,
Sangka nya tidak berpenghuni,
Rupanya semua sibuk dengan hal sendiri.

Pemeriksa merenung tajam,
Tidak siapa berani meniru hendaknya,
Pen dan peluru tiada beza,
Diguna selagi masih terdaya,
Mengharap ilham dari Ilahi,
Jawapan ditulis separa pasti.

Semua pasti akan merasai,
Medan perang tidak berdarah ini,
Biarpun tiada luka sana sini,
Sakitnya disimpan kemudian hari,
Markah diberi sang guru gegarkan hati,
Moga bersedia saudara-saudari.

P/S. Masa aku bosan jawab test hari tu, tetiba mencanak-canak idea keluar. Ini lah hasilnya.

Sinopsis:

Dilema seorang pelajar universiti untuk menjawab soalan peperiksaan akhir yang kelihatan 'luar biasa' susahnya. Perasaan gundah gulana mereka diungkapkan dalam sebuah puisi ringkas ini.

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama