Kempen #undirosak : Sokong atau Tolak?

Media sosial baru-baru ini kecoh dengan kempen #undirosak untuk menggalakkan pegundi merosakkan undi mereka sebagai satu bantahan terhadap Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Harapan(PH). Orang ramai menunjukkan minat terhadap #undirosak dan ianya kian tersebar.


Kempen ini dikatakan digerakkan oleh pengundi muda yang sudah 'bosan' dengan perkembangan politik negara. Golongan ini dikatakan tidak bersetuju dengan parti pemerintah dan menentang keras parti pembangkang. Mereka percaya pilihan raya tak mampu membawa perubahan kepada rakyat. Sasaran mereka adalah pengundi muda. 

Gabungan parti politik di Malaysia tak terhad kepada dua sahaja, BN dan PH. Ada tiga gabungan parti politik utama kat Malaysia ni (kalau salah harap tegur). Barisan Nasional(BN), Pakatan Harapan(PH) dan Gagasan Sejahtera(GAGASAN). Kalau ada siapa-siapa kata pengundi tersepit antara BN mahupun PH sahaja, fakta ni menyangkal dakwaan tu. Artikel ni tak menyokong mana-mana gabungan parti politik, ok.

Sebagai rakyat Malaysia yang berakal, tak wajar kita merosakkan undi kita yang dilakukan lima tahun sekali dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Hal ini tak sepatutnya menimbulkan keraguan dalam kalangan kita. Takkan kita nak mensia-siakan peluang kita ini untuk memilih pemimpin pilihan kita. Mengundi adalah hak bagi setiap rakyat yang layak! 

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pengundian adalah perkara yang wajib. Malah, haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak mengundi. Nak tahu lebih lanjut, kelik muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2293-bayan-linnas-siri-ke-126-hukum-merosakkan-undi

Contohilah sikap segelintir rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang sanggup terbang beribu-ribu kilometer bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Muhasabah diri la sikit.
Mengundi adalah suatu kerja mudah yang memberi impak besar kepada negara.

Setiap undi daripada rakyat Malaysia memberi impak masing-masing kepada pembentukan kerajaan akan datang. Semua ini menentukan masa depan negara kita sama ada menjadi lebih cerah ataupun sebaliknya. Sebelum lancarkan apa-apa kempen, fikirlah kesannya kepada negara ini.

Kesimpulannya? Kempen takde faedah camni jangan dilayan mahupun disokong. Segelintir masyarakat mungkin berasa ini tindakan yang sesuai untuk negara ini tapi biar aku ingatkan, ia bakal berlaku sebaliknya. Tolak kempen #undirosak.

Wallahualam.

Sumber:

"Ada apa dengan #UndiRosak"


Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama