Bila sibuk, rasa nak rehat. Bila cuti, mereput pulak. Tu untuk student universiti. Dah habis belajar, takde kerja pulak tu. Banyaknya masa lapang. Tapi tak tahu nak buat apa. 'Bosan' mula merasuk jiwa. Otak jadi kosong, blurr dan tak berfungsi buat seketika.
-
Hmmm
😏
Ahhhh...... Bosannya!!! |
Biasa lah tu kalau rasa bosan, dah takde kerja nak buat, betul tak?
-
Jadi, ni antara senarai aktiviti yang boleh dibuat ketika BOSAN.
1. Menulis & membaca
Dapat baca tak dik?? Hehe |
Kalau korang pandai menulis, apa salahnya korang buat artikel & post kat blog korang. Barangkali, bidang ni boleh jana pendapatan korang. Tak salah mencuba.
Kalau korang bukan dalam kategori atas tu, membacalah. Bukan sahaja dapat menghubungkan kembali 'sel-sel otak anda yang telah mati', korang pun dapat ilmu tambahan. Nothing to lose, betul?
2. Melancong
Jauh perjalanan luas permandangan, tahu? |
Masa ni lah yang paling sesuai untuk melancong. Tapi ingat, 'ukur baju di badan sendiri'. Melancong tak semestinya di negara luar mahupun oversea. Pergilah melawat semua negeri di Malaysia, apa keistimewaan setiap negeri ni.
-
Bukan apa, saja cuci mata dan nikmati ciptaan Tuhan.
-
Amacam, cun?
3. Lakukan Hobi Anda
Hobi, semua orang mesti ada hobi. Main bola sepak, badminton, catur, daki gunung dan lain-lain. Sebelum ni, korang sentiasa sibuk dengan assignmentlah,test dan hal-hal keluarga. Waktu ni, korang bebas untuk lakukan hobi korang.
😏
-
Boleh cergaskan badan korang jugak tu.
Situasi win-win, kan?
4. Tolong ibubapa korang
Hargailah mereka selagi mereka masih hidup...... 😢 |
-
Kita sebagai anak diorang boleh ringankan beban diorang. Nice.
-
Tak kisah kau tolong dari aspek apa pun, diorang mesti bersyukur punya.
Basuh pinggan, sidai baju, hatta memasak pun diorang berterima kasih.
Waktu lapang ni je yang ada untuk korang tolong diorang.
💗
5. Beribadat
Semakin kita banyak umurnya, semakin dekat kita dengan kematian. Tapi kes ni tak tertakluk dekat orang berumur je.
Banyakkan le amal ibadat tu, solat,baca Quran, zikir mahupun sedekah.
Yang tolong korang kat akhirat kelak tak lain tak bukan amalan korang gak.
-
Muhasabah la diri tu sikit.
😓
-
Korang boleh amalkan mana-mana aktiviti yang dah disenaraikan ni. Tapi, majoriti belia sekarang tidur aje. Jimat tenaga, kos dan mengisi masa lapang yang 'terlebih banyak' ni.
-Kalau bosan, jangan bersendirian. Ok? 😇-
Wallahualam.