Cara Mengatasi Gemuruh


Pernah tak korang rasa lemah dan lidah ni macam berbelit masa nak berucap atas pentas?

Ini antara tanda korang gemuruh. Terus terang saya cakap, jarang kita jumpa orang yang selesa berucap mahupun membentang; samada di kelas mahupun dewan. Jadi semua orang perlu ambil berat tentang penyakit ni.

Ni tanda-tanda lain korang menghidap penyakit gemuruh ni:

  1.  Bibir dan mulut menjadi kering secara tiba-tiba.
  2. Badan menjadi kaku dan rasa kebas di beberapa anggota badan.
  3. Peluh sejuk keluar dari rongga peluh.
  4. Tekanan darah naik.


Jangan pandang sebelah mata penyakit ni. Serius shit.
Gemuruh ni pun boleh menyebabkan kesan yang kronik gak sebenarnya.

Ni antara kesan buruk penyakit gemuruh yang mungkin mengejutkan korang:

  1.  Sawan
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Murung
😓😓😓
Gambar hiasan.
Semua orang mesti sembuh dari penyakit kronik yang melanda umat ini. Artikel ni saya tujukan kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya belia di negara kita; pemuda mahupun pemudi.

Kenapa?👀
-
Belia pada zaman ni perlu membuat pembentangan dan berani meluahkan pendapat mereka masing-masing. Namun, semua hal tersebut pasti tidak mampu dilaksanakan dek kerana penyakit gemuruh ni.

Jangan biarkan perasaan tu mengawal diri kita

Biar kita yang mengawal perasaan tu.😎
Mikrofon, alat yang menghantui mereka yang gemuruh di atas pentas.


Ni antara cara yang berkesan menghilangkan gemuruh, InshaAllah.
  • Bernafas perlahan-lahan

Cara ini berkesan untuk menenangkan diri sebelum memulakan ucapan. Tindakan ini boleh menghilangkan gemuruh. Kesannya? Belia dapat memberi ucapan di hadapan ramai orang dengan jiwa yang tenang.

  • Bersedia dan berlatih     
Belakang parang diasah lagikan tajam
من جد وجد, من زرع حصد
Practices make perfect.  

Peribahasa berikut menyeru umat manusia terus menerus berlatih dalam melakukan setiap hal. Ditambah lagi bahawa mereka yang gigih berusaha biarpun masih menemui kegagalan pasti meraih kejayaan.

 Melalui kaedah ini, para belia pasti berasa yakin dan langsung tiada perasaan takut.
👍


  • Berfikiran Positif 
Minda manusia sememangnya ciptaan Allah yang agung dan tidak mampu ditandingi mana-mana inovasi manusia. Minda manusia mampu membuat tubuh badan tidak berasa sakit biarpun sedang memijak bara api yang menyala. 

Inilah kuasa minda yang sedang diberi perhatian para saintis.

Belia boleh meniru kaedah ini dengan berfikiran positif. Kaedah ini membantu mereka menambah keyakinan ketika berucap mahupun melakukan pembentangan.

  • Ambil wudhu'

Dengan mengambil wudhu', belia dapat mengurangkan stress sebelum memberikan ucapan. Air wudhu' berfungsi menyejukkan mereka secara jasmani mahupun rohani.

Sebagai tambahan, mereka juga boleh mengamalkan doa-doa agar dipermudahkan urusan. 
-
Akhir kalam, sentiasa berasa yakin dengan apa yang lakukan. Sikap gemuruh yang melanda belia zaman sekarang ni tidak memberi keuntungan kepada sesiapapun, malah memberi kerugian kepada belia sebagai modal insan negara.

😊😊😊

Wallahualam.


Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama