Kenapa Jepun teruskan Olimpik, walaupun tiada penonton

 

 

Darurat koronavirus diumum buat kali keempat oleh Suga, PM Jepun pada 8 Julai. Olimpik Tokyo, yang ditangguhkan dalam setahun, akan berlangsung tanpa penonton. Timbul kerisauan juga akan penyebaran virus di tempat acara ke atlet2 lebih 200 negara ni akibat gelembung koronavirus Jepun. 

 

Dalam semua masalah berlaku serentak ni, kenapa kerajaan Jepun tetap teruskan acara Olimpik bermula 23 Julai ni?
 
Walaupun Piagam Olimpik 1908 menekankan pengecualian politik, tapi Olimpik berdekad lamanya menjadi alat pelancaran kuasa lunak. Jepun dan Olimpik, keduanya kamcing hubungannya dengan politik.
 
Untuk pulihkan imej antarabangsa (Jepun tarik diri dari Liga Bangsa - 1933), Jepun jadi negara bukan Barat pertama anjur Olimpik (1940). Malangnya, Perang Sino-Jepun tercetus. Maknanya, imej antarabangsa Jepun gagal dipulihkan.
 
Kali ni, Jepun nak serius. Olimpik Tokyo 1964 bawa simbol keamanan, demokrasi liberal dan pembangunan sebuah kuasa ekonomi baharu. Hasilnya, Jepun berjaya pulihkan imej mereka. Sedang 3 dekad belakangan ni, Jepun struggle nak kawal masalah - populasi rakyat menua, skandal korupsi, ancaman antarabangsa dan ekonomi stagnant. 
 
Olimpik 2020 pun bawa motif sama dengan 1964, dengan harapan Jepun dapat bangkit semula.
 
 
Reaksi kerajaan Jepun mengawal kes koronavirus juga dilihat bermasalah, lagi2 dengan model Jepun. Dengan proses kelulusan vaksin yang lembap, pengagihan vaksin yang sendu, rakyat Jepun semakin terdedah kepada virus ni bila Olimpik ni berlangsung. 
 
Habis rosak merit Jepun sebab kegagalan kerajaan kawal perebakan virus durjana ini.
Cabaran politik Jepun pun mencabar juga buat Suga, pengganti Abe. Dengan peratus sokongan Suga makin hari makin turun (serendah 29.3%), pembatalan Olimpik 2020 hanya menjadi liabiliti buatnya. Nak tak nak, acara Olimpik mesti jadi.
 
Liberal Democratic Party (LDP) dapat kaut majoriti Dewan Perwakilan tiga penggal berturut sebelum ni dengan pimpinan Abe. Tapi kali ini, Suga membawa LDP ke simpang jalan. PRU ke-49 Jepun yang kena dibuat sebelum 22 Oktober (atau lebih awal), takde siapa dapat boleh jamin sama ada Suga dapat teruskan legasi Abe. Umpama membuka semula luka lama politik Jepun.
 
Olimpik kepada Jepun, pintu penyelamat atau perosak? Mestilah......
 
Sumber:
 
1. Phillip Y. Lipscy Daniel M. Smith (Washington Post),Nobody can go to the Tokyo Olympics. So why is the government going ahead with them, https://www.washingtonpost.com/politics/2021/07/19/japans-government-faces-dual-challenge-tokyo-olympics-covid-19/?utm_source=reddit.com&fbclid=IwAR0WVOZMz1mvDGo_DlEm7zuEUUKdP7ISTgyFhj_Z9RW9fIOaMNoYJlNFbwI
 
2. Kazuto Suzuki (The Diplomat), COVID-19 Strategy: The Japan model, https://thediplomat.com/2020/04/covid-19-strategy-the-japan-model/
 
3. Andreas Illmer (BBC News), Tokyo Olympics: Why doesn't Japan cancel the Games?, https://www.bbc.com/news/world-asia-57097853

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama