Segala Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pi (π) Pada Hari Pi Sedunia


Dalam matematik, Pi (π) adalah nisbah ukur lilit bulatan kepada diameternya.

Pi adalah nombor tak rasional (irrational number), maknanya ia adalah nombor yang tak boleh dinyatakan dalam pecahan mudah. Dek kerana itulah, ahli matematik menggelarnya sebagai "perpuluhan infinite"; digit kekal berterusan selepas perpuluhan.

(Untuk 18 tempat perpuluhan, nilai Pi; π=3.141592653589793238)

Jadi, siapa yang menemui pi ini sebenarnya?

Pi sudah dikenali hampir 4,000 tahun lepas dan ia telah ditemui oleh orang Babylon purba. Tablet Babylon purba menyatakan nilai pi adalah 3.125. Sebuah nilai yang hampir tepat berbanding nilai pada masa kini.

Pengiraan pi pertama dilaksanakan oleh seorang ahli matematik purba terulung, Archimedes Syracuse. Dia menggunakan Phytagoras Theorem untuk mengira keluasan dua polygon. Selepas Archimedes memetakan polygon tu dengan memberikan batasan di atas dan bawah bagi keluasam bulatan, dia memberikan anggaran nilai pi adalah antara 3 1/7 dan 3 10/71.

π mula menjadi simbol pi oleh William Jones, ahli matematik British pada 1706. Beliau menggunakan nilai 3.14159 sebagai nilai pengiraan pi.

Pi memang tidak asing lagi di dunia moden sekarang sebab ia sudah digunakan dalam banyak sektor. Jurutera elektrik menggunakan pi untuk menyelesaikan masalah dalam aplikasi elektrik. Ahli biokimia menggunakan pi untuk memahami fungsi dan struktur DNA itu sendiri. Pereka kapal terbang pun menggunakan pi untuk mengira keluasan permukaan kapal terbang yang mereka reka. Ini baru sebahagian kecil daripada aplikasi sebenar pi dalam realiti kehidupan manusia.

Jangan terkejut pula dengan kemampuan pi ni. Tahukah korang, pi juga berjaya "menceburi" bidang sastera. Pilish ni dialek Inggeris yang mana jumlah huruf dalam perkataan seterusnya mewakili digit Pi. Contohnya "Not A Wake" karya Mike Keith, buku pertama ditulis sepenuhnya dalam Pilish;

"Now I fall, a tired suburban in liquid under the trees, Drifting alongside forests simmering red in twilight over Europe."

Kalau diperhatikan, "Now" ada 3 huruf. "I" ada 1 huruf. "Fall" ada 4 huruf. "a" ada 1 huruf dan seterusnya. Ia sebenarnya mewakili digit π.


3.14 (14 Mac) diabadikan sebagai Hari Pi Sedunia. Pada hari nilah, peminat matematik akan bersembang pasal pi, mengingat semula digit π yang tak terhingga tu ataupun makan pie.

Apa lagi, selamat berhibur dengan pi (π)!

Wallahualam.

Sumber:

1. Elaine J. Hom, LiveScience (2018), What Is Pi,
https://www.livescience.com/29197-what-is-pi.html

2. exploratorium, Pi Day: History of Pi, https://www.exploratorium.edu/pi/history-of-pi


Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama