Misi Demo-2 : SpaceX & Pelancaran Yang Bersejarah


SpaceX akhirnya berjaya melancarkan misi bersejarah pada 30 Mei pada 3.22 petang ET untuk menghantar angkasawan NASA ke angkasa lepas, menjadikan syarikat tu entiti komersial pertama membuat sedemikian.

Ini adalah pelancaran pertama selepas program Space Shuttle tamat masa 2011 dan ini juga adalah pelancaran pertama di tanah AS selepas 10 tahun. Pelancaran asal pada hari Rabu terpaksa ditunda ke hari Sabtu (30 Mei) kerana cuaca buruk di tempat pelancaran di Florida.

Kiri, Douglas Hurley. Kanan, Robert Behnken.


Dua orang angkasawan veteran NASA yang terlibat menuju ke ISS ni adalah Robert Benhken dan Doug Hurley. Perjalanan mereka ke ISS dianggar sekitar 19 jam dan diorang akan tinggal di sana dalam beberapa bulan.

Misi ini dinamakan Demo-2. Angkasawan dibawa ke angkasa dalam kapsul Crew Dragon, di atas roket Falcon-9 selepas dilancarkan di Pusat Angkasa Kennedy. Misi Demo-2 ni ujian 'end-to-end', ia bermula dengan liftoff, berlabuh di ISS dan tamat dengan splash di Lautan Atlantik.

Sebelum ni, NASA bergantung pada sistem pelancaran Soyuz milik Russia - kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang ada. Ikut laporan yang dikeluarkan OIG NASA, mereka bayar purata $85.4 juta satu seat kepada agensi angkasa Russia, Roscosmos.

Jika misi SpaceX berjaya, Demo-2 akan buka jalan untuk memperakui sistem pengangkutan angkasa Demo-2 - Falcon-9 ke/dari ISS dan destinasi orbit rendah lain. Perakuan ini menandakan kejayaan lengkap agensi angkasa daripada program Krew Komersial, termasuklah Boeing Co.

Ini menandakan era baru dalam penjelajahan angkasa. SpaceX dan NASA mahu merendahkan kos, membuka peluang pelancongan dan menambah penjelajahan sekitar sistem suria. Harga anggaran untuk satu seat di Crew Dragon adalah dalam $55 juta.

aaa
Penjelajahan angkasa bakal berlaku dengan pantas selepas ini. Bersediakah kita?

Lepas ini, makin aktif-lah aktiviti penjelajahan angkasa dan pelancongan angkasa jugak. Jangan terkejut pulak bila orang berebut nak bercuti di angkasa 'instead' pergi tempat pelancongan popular lain. Selain daripada pengalaman, mesti 'feel' dia pun lain.


Sumber:

1. Laura Winter (2020), AlJazeera, SpaceX and NASA astronauts make historic launch, https://www.aljazeera.com/ajimpact/spacex-nasa-astronauts-historic-launch-200530192756321.html

2. Andrew Griffin (2020), The Independent, SPACEX NASA LAUNCH: WATCH VIDEO OF ASTRONAUTS BEING SENT INTO SPACE ON HISTORIC MISSION, https://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/spacex-nasa-launch-video-watch-youtube-astronauts-liftoff-rocket-falcon-a9540681.html

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama