Tatkala Covid-19 Menjadi Mimpi Ngeri Buat Itali (Dan Eropah)



Itali menjadi negara pertama di rantau Eropah yang mencatat kes virus korona baharu (novel coronavirus), Covid-19. Lebih mengejutkan lagi, Itali sudahpun berada dalam kalangan negara terbanyak yang mempunyai kes Covid-19 nih. Buat masa nih, sudah lebih 400 kes dicatatkan di Itali sahaja. Itali adalah negara terbanyak mencatatkan kes Covid-19 selepas China dan Korea Selatan.

Wilayah Itali yang paling teruk terkesan adalah di Lombardy, sekitar Milan dan Veneto berhampiran Venice. Wabak penyakit ini adalah mimpi ngeri buat Itali dan negara serantaunya lagi-lagi di Eropah.


Apa kesan Covid-19 nih kepada Itali? Sekolah, universiti, pawagam ditutup. Acara awam pun terpaksa ditangguhkan. Sebelas bandar - rumah kepada hampir 55,000 orang - terpaksa dikuarantin pada kemuncak penularan wabak virus nih.

Takut jugak kalau Covid-19 ni menarik Itali kedalam kemelesetan ekonomi (recession). Tak keterlaluan untuk katakan kekosongan hotel dan kafe berpunca akibat ketakutan kepada Covid-19.

Peningkatan kes yang melibatkan penularan di Itali sepanjang 24 jam sahaja mencecah 25 peratus. Malah, beberapa negara Eropah dah umumkan kes baharu yang dapat dijejak berasal daripada Itali.

Sepanjang dua hari lepas, Austria, Greece, Croatia, Georgia, Macedonia Utara dan Switzerland dah mencatat kes Covid-19 pertama mereka.

Inilah tahun (yang mana UK meninggalkan Kesatuan Eropah, peningkatan terorisme dan gelombang imigran) di mana sepatutnya Kesatuan Eropah nak hidupkan semula sasaran sempadan dalaman terbuka (open internal border). Masalahnya, seruan untuk tutup sempadan dalaman mula bergema kuat daripada pejuang kanan-jauh (far-right) dan populis yang tak pernah gemar dengan sempadan dalaman terbuka.


Pergerakan bebas barangan dan manusia nih menjadi puncak kejayaan Kesatuan Eropah melalui Perjanjian Schengen pada 1985; perjanjian yang mewujudkan zon bebas pasport antara 26 negara pada hari nih. Orang Eropah memandangnya sebagai salah satu kejayaan blok Eropah itu.

Kebebasan pergerakan manusia Schengen ni dah mula dipersoal. Virus baru ni dah menunjukkan ancaman baharu, memberi nasionalis banyak alasan untuk perjuangkan sempadan dalaman tertutup.

Lama sebelum kewujudan virus Covid-19 nih, dasar sempadan terbuka ni sudah lama dikutuk. Presiden Hungary, Viktor Orban yang juga terkenal sebagai seorang nasionalis pernah merungut yang Eropah tak perlu ada sempadan dalaman terbuka kalau sempadan luaran mereka lemah, akibatnya ramai pencari suaka masuk ke rantau tu tak dipantau.

Covid-19 ibarat garam yang ditabur atas luka Kesatuan Eropah. Blok ini yang sudah mula retak akibat faktor dalaman lagi-lagi selepas Brexit, wabak virus baharu ini pulak sudah mula membelah Eropah mengikut retak yang sudah sedia ada membinasakan nasib kesatuan tuh.

Dapat ke Kesatuan Eropah untuk diselamatkan daripada wabak virus nih dikala blok ini makin membahagi dan berpecah?

Sumber

1. BBC News [2020], Coronavirus cases surge to 400 in Italy, https://www.bbc.com/news/world-europe-51645902

2. Matina Stevis-Gridneff, The Independent [2020], Coronavirus: Europe's open borders threatened by spread of disease, https://www.independent.co.uk/news/world/europe/coronavirus-europe-open-borders-eu-italy-france-britain-germany-spain-a9362536.html

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama