Hahahaha.....
Gempak tak gempak?
Balik kat topik asal, ramai anak merdeka di tanah bertuah ni langsung tak hargai kemerdekaan negara ni. Langsung tak. Bila ditanya tentang merdekanya negara kita,ni pulak jawapannya. "Runding atas meja je pun.... bolehlah"."Bukannya korang lancarkan perang dalam skala besar (full scale) pun...". Komen-komen camni langsung tak menggambarkan penghayatan kemerdekaan dalam diri diorang; atau dalam bahasa kasarnya - tak mengenang budi langsung.
Melalui diplomasi dan rundingan atas meja, banyak faedah yang dapat dinikmati dan diraih oleh kedua-dua belah pihak. Boleh dikira situasi menang-menang (win-win situation) la. Bukan senang nak jayakan rundingan sebab nak puaskan hati si lawan dan lindungi kedaulatan negara kita pada masa yang sama.
Tak pelu berlakunya pertumpahan darah, tak perlu kehilangan orang tersayang seperti ahli keluarga sendiri dan tak perlu menggunakan kekerasan langsung. Ini dia perkara yang ramai tak perasan di sebalik diplomasi oleh pejuang kemerdekaan negara kita dahulu.
Jangan sesekali PANDANG RENDAH kemerdekaan negara kita.
Sama ada kita sedar ataupun tak, diplomasi sebenarnya merupakan senjata agung bangsa Melayu.
Dari dahulu, orang Melayu berjaya memainkan peranan penting untuk memastikan kerajaan Melayu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kerajaan yang lain dan menjadi kerajaan utama dunia pada masa dahulu sampai sekarang melalui... DIPLOMASI ! Banyak negara dari serata dunia mengagumi cara pemimpin kita lakukan diplomasi dengan bijak dan tegas. Bangsa Melayu bukan bangsa bercawat dan tak tahu apa-apa pasal diplomasi atau berniaga. Memang cetek ilmu bagi siapa-siapa yang percaya tohmahan hina tu.
Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka yang melakukan hubungan uftian dalam masa 6 tahun sahaja dah dapat layanan istimewa daripada China sedangkan Siam yang dah bayar ufti kat China selama 40 tahun tak pernah dapat layanan istimewa macam Melaka dapat. Bukan 10 tahun tapi 40 tahun tau!! Layanan istimewanya ialah Parameswara dijemput Maharaja Yongle ke Beijing bersama rombongan seramai 540 orang. China pun bagi amaran kat Siam supaya jangan kacau kawan baiknya, Melaka. Amacam?
Tak cukup? Konfrontasi Malaysia-Indonesia dan yang terbaru krisis Malaysia-Korea Utara. Malaysia memilih jalan diplomasi dan rundingan atas meja bagi kemaslahatan yang lebih besar. Dalam masa hanya 24 hari, kesemua tebusan Malaysia di Pyongyang dibenarkan pulang.
Diplomasi merupakan sebahagian daripada jiwa orang Melayu. Bukankah lebih elok mengutamakan perdamaian berbanding kekerasan? Diplomasi bukan hanya tentang berlembut / slow talk, tetapi diplomasi juga menggunakan ketegasan.
Sudah tiba masanya untuk belia zaman sekarang tahu-menahu tentang hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara lain. Diplomasi tak melambangkan kelemahan orang Melayu, tapi menyerlahkan keagungan orang Melayu yang mendahulukan rundingan.
Lagipun dalam Seni Peperangan (Art of War) ada meyebut;
The greatest victory is that which requires no battle.Jangan kita jadi zombi politik dan menghina usaha pihak kerajaan yang berusaha mengangkat maruah negara kita. Pemimpin perlukan sokongan kita pada waktu genting camni. Kedaulatan negara kita sedang dipijak masa tu, dan amat tak wajar kalau kita mempolitikkan situasi tu.
Proud to be a Malaysian.
Wallahualam.
Bacaan lanjut:
1. Afzan Yusuf (2018), Malu Dengan Tanah Melayu Dan Kemerdekaannya,
https://www.thepatriots.asia/malu-dengan-tanah-melayu-dan-kemerdekaannya/
2. Azmi Hassan (2014), Diplomasi cara Malaysia,
www.utusan.com.my/rencana/diplomasi-cara-malaysia-1.16789
3. Ayman Rashdan Wong (2017), Dunia Tanpa Tembok: Diplomasi.
4. Berita Viral (2018), Sejarah Dilupakan Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Alam Melayu, http://beritaviral.click/2017/10/22/sejarah-dilupakan-perlaksanaan-undang-undang-islam-di-alam-melayu/#