Deklarasi Jerusalem Ibu Negara Israel Mengundang Kemarahan Umat Islam Dunia


Baru-baru ini, Donald Trump selaku Presiden Amerika Syarikat menyatakan bahawa Jerusalem merupakan ibu negara haram Israel. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pulak bersyukur dengan tindakan Trump. Namun, reaksi umat Islam di seluruh dunia berlawanan dengan mereka berdua.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah melaungkan amaran keras kat Amerika atas tindakan Trump. Tambahnya, Al-Quds adalah milik Islam dan Amerika telah melanggar batas. Di Malaysia, umat Islam mengadakan demonstrasi aman di kawasan Duta Amerika seusai solat Jumaat. Seluruh umat Islam manadah tangan kepada Yang Maha Esa untuk menyelamatkan Baitul Maqdis.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Kenapa Trump buat perkara ni secara tiba-tiba,mengejut dan boleh dianggap gila ni?

Apa kesannya kepada umat Islam sejagat?



Salah satu janji Trump masa kempen tahun 2016 ialah mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara  Israel. Ni salah satu strategi dia untuk ambil hati Yahudi Zionis dan Kristian Evangelis...Jadi, Trump mesti tunaikan janji dia.

Tapi mesti diingat, Trump bukan empunya dunia ni, bukan hakim dunia pun. Hanya UN sahaja yang boleh beri kata putus hak milik sesebuah wilayah. Amerika hanya salah satu dari lima kuasa besar dunia(UK, Rusia,China dan Perancis) yang boleh buat keputusan melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.

Untuk pengetahuan korang, UN masih menganggap pendudukan Israel di Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asal sebelum tahun 1967. Jadi, Jerusalem masih belum menjadi milik dan ibu negara haram tersebut.

Kalau macam tu, buat apa nak bantah, buat demonstrasi dan intifada?

Amerika sebagai penimbangtara proses perdamaian Israel-Palestin, ia mesti menghormati Perjanjian Oslo 1993 serta jaga perasaan Palestin. Kenyataan Trump telah memberi sokongan moral kepada Israel dan mengendahkan semua resolusi UN yang jelas mengecam tuntutan Israel ke atas Jerusalem Timur.

Ni sebahagian daripada info-info yang dapat membuka minda kita sedikit. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bergabung tenaga dan berganding bahu dalam hal-hal camni. Kita tak wajar salahkan Yahudi Zionis sepenuhnya atas apa yang berlaku selama ni sedangkan salah empunya badan sendiri.

Saudaraku di Palestin, doa kami mengiringi kalian...

#pray4palestin
#savepalestin
#alquds
#kitakuatbersama


Wallahualam.

Sumber:

"Pengiktirafan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel."
https://www.thepatriots.asia/pengiktirafan-baitulmaqdis-sebagai-ibu-negara-israel/

"United Nations. Balance of Power. Jerusalem."
https://www.thepatriots.asia/united-nations-balance-of-power-jerusalem/



Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama