Cara Kenal Dan Merealisasikan Peluang Yang Ada

 

"Rich people are born with opportunities they can waste. Poor people are born with opportunities they can never have".


Aku suka betul dengan ayat ni dalam filem "The White Tiger" dari Netflix. Bukan saja kelas sosial dilihat menyekat kewujudan peluang, tak ramai pun yang kenal dan guna peluang sebaiknya. Jadi, baik kita kenal peluang dulu, kan?

Ramai orang ingat peluang ni serupa sejongkong emas dalam tanah, hakikatnya tak begitu. Peluang mana datang bergolek. Peluang kena dicipta dan direbut. Peluang boleh hadir dalam kerjaya, bisnes, pelaburan, hubungan pasangan dan lapangan kompleks juga. 


Jadi, apa cara nak kenal dan guna peluang sehabis baik?


1. Ada sasaran


Pemain bola masuk perlawanan hanya ada satu sebab, nak menang. Tak kisah liga apa, dari EPL ke Liga Super Malaysia, skor gol itu penting. Jadi pasukan kena ada strategi untuk dapatkan sasaran gol dan menang. 


Sasaran bantu kita persiapkan mental dan perhatian kita untuk cipta peluang. Dari situ, kita boleh laksana (execute) pelan. Takde sasaran, kita takkan dapat gambaran besar pelan kita.


2. Sentiasa peka


Orang yang peka selalu respon melawan stereotaip. Bila dia termasuk dalam stereotaip gugup pentas  - contohnya sebab tubuh kecil - mereka akan respon akan stereotaip dengan buat pembentangan dengan kuat dan jelas.


Peka sangat membantu bina keyakinan diri kita melawan stereotaip negatif. Dengan menjadi peka, kita dapat rentas cabaran baharu.


3. Sentiasa yakin


Komunikasi tak terhad kat tutur kata saja, tapi pada body language juga. Kita tak patut fokus cuma pada isi penyampaian, kita kena fokus juga pada cara kita menyampaikan. 


Takde siapa nak berurusan dengan orang yang dia tak percaya. Hanya dengan guna body language, kita dah ada upper hand pada awal peluang tu.


4. Sedar bahawa kita takkan pernah bersedia.


Pemain bola sepak sehebat CR dan Messi pun rasa gemuruh tiap kali freekick dan penalti. CEO syarikat gergasi pun berdebar nak selesaikan tugasan mereka. Takde siapa tahu apa bakal jadi lepas ni. Kita mungkin gagal dan jatuh tersembam.


Susah untuk kita senyum lepas kita jatuh. Tapi macam penulis Mark Batterson kata; 

"Our best day often start as our worst day. Our greatest opportunities are often disguised as our biggest problems".


Takde siapa yang betul² bersedia dengan tugasan mereka. Semua orang belajar masa mereka  berdepan dengannya. Keberanian masuk gelanggang itulah yang kita hargai.

Merebut peluang ni macam kita mengejar terbitnya matahari. Kalau kita tak rebut peluang pada masanya, kita akan terlepas. Tapi tak perlu rasa down sebab terlepas peluang ni.


Kerana hari baharu akan muncul esok, matahari akan terbit lagi. Kegagalan tak kekal selamanya. Peluang baharu akan hadir.


Hargai selagi ada. Rebut selagi boleh.


#andaboleh

Al-Badru

Pelajar Sarjana Muda dari UiTM ini membangunkan sebuah platform untuk menyampaikan ilmu iaitu LamAlifBa. Seorang Melayu yang tidak segan akan asalnya. Realis pula pandang alamnya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama